22 January, 2015

Aduh

Aduh.
Aduh.
Aduh.

Letih ada. Kecewa pun ada. Penat pun ada. Masa terbuang pun ada. Macam nak give up pun ada.

Dah dua kali kejadian.
Frust brader..

Ibarat menyuap nasi ke mulut, nasi belum masuk dah tertumpah. Redha je la kan. Moga-moga rezeki selepas ini melimpah ruah. Amin.




13 January, 2015

Tuhan Maha Kuasa

Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang. Siang tadi aku pergi balai, bukan buat report pun, bukan juga jumpa pegawai pun. Tujuan aku ke sana adalah dengan niat menambah dana polis yang sedia ada.

Aku bukan apa, masih tak puas hati dengan lori yang menyebabkan aku disaman. Puii! Punya lori. Bagi signal kiri, siap bagi aku jalan. Aku igt dia nak berhenti kiri atau masuk simpang kiri. Oleh kerana niat lori itu terbatal, aku telah disaman atas kesalahan memotong di double line. Puii! Punya lori.

Dengan pasrah dan akur maka aku pun menjadi salah seorang penyumbang dana. Maka keluarlah wang dari poket aku. Kaching! Kaching! Bunyi dia. Huhuhu.

Dengan rasa lapar, aku pun mengikat perut. Haha. Sedih je bunyi dia kan.

Tapi. Alhamdulillah.
Seorang taukeh dengan baik hatinya membawa ayam goreng kedai atok aka KFC ke showroom dengan niat membelanja mereka yang memberi business padanya. Business tinted lah.

Nampak tu. Rezeki yang tak terjangka datang. Bersyukur kita pada Tuhan. Kenyang. Errrrkkk. Sendawa dulu baru mengantuk.

Tapi itulah, ajaib juga sebenarnya. Sebab pada malam sebelumnya aku sebenarnya teringin makan KFC, tahu-tahu datang sendiri depan mata. Seronok gile ah.

Power juga kuasa minda aku ni.
Kehkehkehkehkeh.
Kalaulah, kalaulah aku minta esok kau yang di sana datang, agaknya kau yang di sana respon tak ye?

Ahahahahaha.
Berangan!

12 January, 2015

Hibernasi makan nasi

Ehem.
Ringan sikit kepala aku, lepas seharian berhibernasi di rumah. Recover balik tenaga yang hampir habis. Tenangkan fikiran yang berserabut oleh masalah yang hampir buat aku mencarut sehari dua yang lalu. Haha.

Malas lah nak ulas panjang-panjang. Bikin berat kepala aku balik nanti. Mood ke laut pula nanti, payah.

Hal kerja ini eloknya waktu siang je difikirkan. Bila dah malam tu jangan fikirkan dah, baru tenang jiwa raga. Kalau boleh tak payah bawa balik rumah perihal kerja ni. Simpan kat laci. Esok pagi lepas minum kopi secawan dua baru buka balik laci tu, katakan 'selamat pagi' padannya. Hehe

Berbalik ke perihal hibernasi tadi, kebetulan ada nasi lemak mak aku masak tadi. Memang melantak nasi lemaklah aku pagi dengan tengah hari tadi. Berat badan naik? Naik sikit je, xde hal lah. Esok lusa aku turunkan la balik. Hehehe.

Lagipun tiada siapa nak bising badan aku naik ke turun kan. Ke ada? Mai cerita sikit kat aku siapa..