04 February, 2010

ALIEN say: Monologue

Bila langit mendung 
Seraya suasana menjadi gelap
Bersama awam hitam mengiringi bersama hembusan angin sejuk
Gerun perasaan tatkala merenung ke arah langit

Awan mendung, seperti lautan beku yg bergerak sebelum berubah menjadi air hujan. Bertan-tan air terapung di ruang angkasa bumi. Ajaib. Terkumpul menjadi satu. Air dari laut, sungai, lopak, lombong... bersatu di udara membentuk awan yang pelbagai bentuk. 

Aku rasa macam menjadi seekor ikan kecil yg tidak berdaya ketika hujan lebat menggila membasahi bumi. Seperti lautan yg bergelora sewaktu daya dikenakan. Daya hentakan yang kuat yg mampu merubah haluan laut dalam yg tenang. Gempa bumi dasar laut barangkali. 

Ramai yang menyertai aku mencari perlindungan ketika itu. Pejalan kaki, pengguna setia kemudahan awam walau mereka seringkali merungut tentang kelemahan pengangkutan tersebut. Lambat, tersekat di kesesakan lalu lintas, terpaksa bersesak. Memegang sekaki payung tidak cukup bagi menjamin mereka selamat dari keadaan hujan yang ditambah angin kencang. 

Walau memakai baju hujan, aku juga terpaksa berhenti mengambil udara. Memanaskan badan serta melonggarkan sendi-sendi yang menjadi beku di tiup angin sejuk. Juga untuk keselamatan, itu yang utama.

Di kala itu aku terfikir.. 
Apa akan jadi esok. 
Apa akan jadi lusa.

Jika esok dan lusa mengambil masa yang lama. 
Apa akan jadi selang beberapa minit, saat atau detik nanti. 

Seperti cuaca, sukar untuk kita duga. Menurut laporan kaji cuaca, cuaca akan cerah sepanjang minggu. Tapi apa yang terjadi, selang beberapa jam.. hujan turun dengan lebat. Terpaksa membatalkan rencana yang telah dirancang. 

Aku terdiam sejenak, memikirkan persoalan masa hadapan.
Pelbagai perkara muncul di kotak fikiran, pelbagai.. bermacam-macam.. ada suka, ada duka.. sedih, gembira.. Ohh

Aku merapatkan mata seketika..
Diam

Aku tersenyum lantas membuka mata, aku bersyukur.. 
Biarpun aku hanya ikan kecil di lautan.
Biarpun aku tersesat di hutan yg amat tebal.
Biar...

Alhamdulillah..
Aku masih bernyawa. Aku ada DIA. Tempat untuk mengadu...