28 June, 2010

ALIEN : Status FB Yang Mengarut

Aku pasti ramai antara pengguna FB giat dan gigih mengupdate status mereka tatkala menyaksikan World Cup match antara German dan England yang berkesudahan 4 gol untuk German dan 1 gol saje untuk England.

Dan tatkala gol Frank Lampard yang masuk ke gawang dan melantun keluar kembali dan tidak disaksikan oleh penjaga garisan, ketika itu meriah sungguh pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati kepada linesman aka pengadil perlawanan. Tak lepas laptop atau HP atau PDA atau BB atau iPhone di tangan. Sambil meng'comment' status rakan-rakan sambil mengupdate status sendiri. Kutuk pengadil.. kutuk Rooney, James kompom lagi teruk kena.. Kutuk sikit takpe, ada gak yg emo.. siap mencarut la hape la. Iskh2

What a game..
German main cantik jugak..laju
Tak terkejar oleh taipan aku di PDA menggunakan stylus..
PDA biase2 je.. bukan cap ayam, bukan juga HP mahupun HTC.. tak mampu lagi.

Aku ada update gak status, tapi tidak serakus peminat di luar sana yang rata-ratanya penyokong England. Aku tak tengok full match. Tapi sempat la tengok 2 gol yang telah melenyapkan semangat juang England yang berjaya merobek maruah mereka lantas menjatuhkan reputasi Fabio Capello.. menangis fan England, terdiam kaku lesu mereka menyaksikan pasukan mereka bermain macam budak sekolah. Manakala German bermain seperti main bola di waktu petang.. riadah. Hek

Sambil mata aku tengok PDA.. sambil jeling-jeling kat match depan mata. Sambil-sambil membahan rakan-rakan yang mengharap kejaiban oleh Heskey.. err.. Rooney, Lampard dan Gerrard yang mana keajaiban tidak berlaku.. Aku bayangkan Walcott lari laju membawa bola melepasi defend dan meng'ayam'kan neuer sambil mengkuis bola ke gawang.. tapi apakan daya Walcott digugurkan oleh  Capello kan.. Huhuhu

Apapun di harap penyokong England tidak membakar stadium la kan.. mahupun men'vandalism'kan harta awam di Afrika tu yer.. tak memasal FA England yang kene saman. Jangan la pulak esok tayar kenderaan semua kat atas ye..
Hehehehe

Wakil tunggal asia: Jepun bakal beraksi setelah Korea Selatan kalah kepada Uruguay.
Moga Honda dan Endo bakal menggegar Afrika.
Go Nippon !!!!


3 comments:

fndrocka said...

kiranya timw world cupp ni lah musim banyak dosa mengata iye tak

alien said...

boleh dikatakan begitu la
satu dunia terlibat

frwls said...

tah. ramai kutuk.

masuk padang tengok. pancit tak pancittt