30 June, 2010

ALIEN : Terbang ke Jepun

Finally, Japan out of world cup.
Defeated by Paraguay by penalty.

Overall, match quite ok.

Jepun:
Tiada percubaan terus untuk Freekick yang aku harapkan dari Honda dan Endo. Mungkin kerana pertahanan Paraguay yang begitu ramai yang bertahan menyukarkan sepakan terus untuk Freekick.
Ada beberapa gerakan cantik dari para pemain jepun, tetapi tiada penyudahan yang berkesan.
Kelincahan serangan jepun berjaya ditangkis oleh ketegapan pertahanan lawan. Sesekali mereka terlepas bola tatkala berlari untuk counter attack.. ceh

Paraguay
Bermain dengan slow dan steady. Sesekali melancarkan serangan yg agak berbahaya tetapi dapat di selamatkan oleh Kawashima dan Tulio.
Mereka menggunakan kelebihan fizikal untuk menyekat gerakan lawan mereka dan ternyata mereka berjaya.
Mereka berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya setelah sepakan Komano menggegar palang gol ketika penentuan sepakan penalti.

Pada aku game agak slow la..
Dapat bola kat Paraguay je jadi slow, mata aku lama-lama jadi kuyu. Huhuhu
Bila Jepun counter dengan laju baru aku bersemangat, tapi tu la.. sangkut dek kekangan yang mantap dari pemain Paraguay dan kesilapan pemain jepun sendiri. Ouh...
Mereka tidak berjaya mengulangi prestasi kejayaan mengalahkan Denmark.

Untuk rekod, dengan tertewasnya Jepun.ini bermakna pasukan dari benua Asia belum lagi berjaya menewaskan pasukan dari Amerika Selatan untuk setakat ini.. Iskh2..

Oh, website yahoo sport kata pasukan England dah selamat tiba di kampung halaman.
Bola itu bulat.. at least England dapat bertanding di pentas dunia.

Malaysia bila lagi?

Malaysia Boleh !!!
Malaysia Boleh !!!

Come on team Malaysia !!!
Bangkit la...
Bersama mencipta kegemilangan yang kian lama sudah malap !!!

2 comments:

frwls said...

kita sebgai rakyat malaysia kena sentiasa berdiri dibelakang jalur gemilang.

ayuh FAM bangkit lah demi malaysia.

hidup FAM
hidup Sultan
Malaysia POWER!

alien said...

rindu nak lihat pemain bermain di padang macam berjuang di medan perang