06 July, 2010

ALIEN : Ada apa dengan malam ini

Software AutoCAD masih duduk selesa di atas meja aku.
Menikmati malam yg gelap di dalam opis ditemani oleh kalendar Shell pemberian rakan opis aku.
Sambil berbual dengan mesin kira jenama CITIZEN yang dah lama peninggalan aka pusaka HR Manager aku.
Bersama timbunan kertas yang setia tidak berganjak. Berdiri megah Ring File ibarat menara.

Sambil memerhati nota kecil berborak bermain riang bersama sticky note yang ditemani oleh si pembaris.
Puncher dan Stapler berlagak seperti jaga untuk memastikan keselamatan penghuni-penghuni meja aku gayanya.
Buku nota bersaiz buku sekolah terbaring lesu di penjuru. Ntah kenapa.

Cik Talipon membisu bila malam tiba.. Hehehe

Sok pagi lah baru aku melayan DVD AutoCAD tu. Di harap beliau dapat bergaul mesra seperti apa yang terfikir di benak fikiranku

Jadi malam ini jangan nakal-nakal ye..

Kehkehkeh

2 comments:

frwls said...

install. design cepattt. kehkeh

alien said...

baik boss