24 July, 2010

ALIEN : Jangan ooo...

Selagi nama manusia biasa, sikap gopoh gelojoh memang tak boleh dipisahkan dari jasad. Sikap lalai, tak peduli org lain pun tak lepas dari diri. Tak lepas dari berbuat kesilapan. 

Tapi, jika kita berhati-hati kesilapan itu boleh di minimumkan..

Petang tadi, hampir aku menjadi saksi kepada sebuah kisah kecuaian jalan raya. Hampir berlaku...
Syukur semuanya selamat.

Sebuah teksi yang dipandu laju ketika memotong sebuah lori besar hampir membahayakn dua buah motosikal. Teksi tersebut memandu dengan cara yg berbahaya. Gaya macam nak racing. Apa drg tak tau ke, jalan raya kita bukan dicipta utk berlumba kerana jalan raya tiada unsur-unsur keselamatan macam dalam litar lumba. Apala..

Marah brader motor tu, sambil membunyikan hon motosikalnya. Gila pemandu teksi tu.
Aku pun ikut membunyikan hon motosikal aku agar pemandu teksi itu sedar dia bukan la kat dalam litar lumba. Lagipun dia laju2 pun nak kemana. Depan tu trafik light merah.. Iskh2.. 

Tiap - tiap tahun Polis buat Ops Sikap, tapi kadar kecelakaan masih camtu jugak. Tiada kesedaran dari pengguna jalan raya. Pasang kamera perangkap laju pun drg tak endah. Pasang papan tanda had laju pun selambe langgar.. iskh2

Tak kisahlah, kau bawak lori ke, bas ke, motosikal ke, kereta ke.. bot..kuda..beca..
Hidup kita bukan mcam video game. Boleh save, pause, stop.. siap ada extra nyawa lagi. 

Jadilah pemandu berhemah, bukan kau sorang je bayar cukai jalan.
Orang lain pun bayar cukai jalan. 
Timbang rasa di jalan raya, anda mampu mengubahnya



2 comments:

zaradgreat said...

macam2 orang bleh jumpa bila atas jalan. tang orang yang cenggitu memang boleh kasik hangin satu badan

alien said...

tu la hangin je
seb baik xjadi depan mate
kalau jadi mau ngeri na tido malam tu