15 July, 2010

ALIEN say: Parah Mata OOO

Aku pandang sana. Iskh
Aku pandang sini. Iskh Iskh
Aku pandang situ. Iskh Iskh Iskh
Aku pandang sinun. Iskh Iksh Iskh Iskh

Tergeleng - geleng kepala aku. Apa yang aku pandang?
Semestinya bukan awek yang cantik-cantik. Tu dah selalu nampak. Hehehe

Pergh~
Kataku dalam hati tatkala melihatnya untuk kali kedua.
Eh, kan dah kata bukan awek. Yang ni tengok banyak kali pun boleh, cuma rasa hati aku je yang tak tertahan nanti. Tapi, dah masing-masing tayang. Benda tetiba muncul depan pandangan aku. Sekejap muncul dari kanan, sekejap dari kiri.. sekejap tu dari arah depan.

Parah dah ni..
Aku masih bertahan

Masing-masing menunjuk. Semua tak nak kalah. Ada yang kale hitam, ada yang kale putih. Ada yang dengan protector die yang bercorak bagai.. Macam-macam ada ooo...Budak sekolah pun ada tak segan silu pakai, apatah lagi yang dah bekerja. Mereka yang masih mencari kerja pun ada pakai jugak.. hebat~

Aku?
Eh eh..

Aku seluk poket seluar je. Sambil mengira duit syiling seposen, doposen, limeposen dalam poket. Cukup buat beli setem namposen sekeping kalau tibe-tibe aku nak kirim surat ke Obama ke.. eh, boleh sampai ke setem namposen ke amerika? huhuhu..

Uish~
Masih lagi kelihatan pada pandangan mata aku ler.

Aku seluk poket seluar lagi, dengan pantas tanpa mereka sedari aku cek skrin HP sony aku yang dah menghampiri usia 5 tahun ni. Sambil mataku melihat mereka bergembira bersama iPhone dan Blackberry di tangan mereka. Melayari internet dengan rakusnya. Hak.

Err, kan dah kata tadi. Ini bukan cerita pasal awek ler.

Sapa-sapa baik hati, meh la sedekah Blackberry atau iPhone korang kat aku. Agak-agak korang nak tukar HP baru kan, sedekah kat aku je lah.. Muahahaha Yelah, mudah-mudah je korang tukar phone tiap rahun macam tukar baju. Kalau kasi aku takde masalah la kan..

^___^

2 comments:

frwls said...

duit mak bapak pandai a dorang tuuu. haha

alien said...

agaknye la kut