18 July, 2010

ALIEN says: Best la Kau !!!

Tempat kejadian: Kedai Tujuh Sebelas
Masa kejadian: Sekitar jam 10.30 pm

"Katanya tak boleh hisap dadah.. jadi minum ni lah" kata pembonceng kepada kawannya di hadapan dengan nada yang riang.

Dalam hati aku cakap, "Palotak kau !!!"

********************************
Sebelum kejadian, aku yang dari satu tempah yang menjadikan Siti Norhaliza sebagai dutanya menuju ke kedai tujuh sebelas tersebut. Tujuan adalah untuk meneguk sebotol air Tiger sebelum pulang ke rumah. Eh, ni bukan air Tiger yang korang pikirkan tu ... ni air Gatorade perisa anggur .. Sedap ooo, die tergolong dalam energy drink macam 100 plus tu. Tapi yang ni xde gas. Hehe

Aku pun terus tanpa buang masa menuju ke chiller yang menempatkan air minuman yang pelbagai perisa. Pilihan aku mestilah Tiger yang sejak tadi bermain di fikiran aku. Pada masa ni kalau korang kasi aku 100 plus atau Sprite free.. selambe aku buat dono je..

Lepas mencapai sebotol.. 500ml tu. Aku pun saja la berlegar-legar melihat barang apa yang ada dalam kedai tujuh sebelas tu. Pusing-pusing aku terlihat la mamat A dan B ni tengah belek-belek ubat ketiak. Tak jauh ada sorang lelaki yg muka iras - iras cina di bahagian roti dan kek.

Aku ke kaunter. Eh, arak? Sebotol besar arak di atas meja kaunter yang bermakna ianya sedia dibeli oleh mamat A & B atau mamat iras cina itu.
Carlsberg. Itu yang tercetak di ceper botol besar tu. 
Siapa empunya botol tersebut? 
Itulah persoalan yang bermain di minda. Ketika melangkah keluar aku menggongcangkan botol Tiger aku sebelum aku meminumnya. 

Sambil aku meneguk, aku memerhari dari jauh ke arah kaunter itu kerana perasaanku kuat mengatakan botol itu milik mamat A&B itu.

Muka mamat itu sukar untuk aku tafsirkan samada warga asing atau warga Malaysia. Dari segi gaya kelihatan seperti kaki lepak yang sinonim melepak di simpang kampung. Dari pemakaian dapat ditafsirkan mereka bekerja sebagai buruh binaan. Erm.. mungkin warga asing. Tapi aku buang jauh perasaan prejudis tentang warga asing yang suka membuat onar negara kita.

Dan, ternyata telahan aku benar belaka. Ianya milik si A & B.

Ketika mereka melintasi aku. Aku berpura-pura tidak perasan mereka sambil menikmati minuman aku. Memang menjadi kebiasaan aku melepaskan lelah sambil meneguk air di hadapan kedai tujuh sebelas itu. 

Mereka berlalu ke sebiji motosikal keluaran Honda. 
Sambil rakannya memulas minyak untuk bergerak, rakannya di belakang mengucapkan kata-kata yang di atas tu. Mungkin mereka perasan aku men'usya' slack perbuatan mereka sejak dari tadi. Pedulik hape aku..
Hohoho

Setelah mereka berlalu, aku menuju ke sebuah tong sampah untuk membuang botol minuman yang telah habis di minum sambil aku melihat ke dalam kedai tujuh sebelas tersebut.

Eh, pesal encik dengan cik penjaga kaunter tu muke macam pelik.
Mungkin perasaan aku je kot.
Ke diorang ingat aku polis undercover. Gile ah..

Malas aku nak fikir panjang, aku belah macam tu je.

***************************************

1 comment:

廖珮秋廖珮秋 said...
This comment has been removed by a blog administrator.