04 July, 2010

ALIEN : Sumpahan Sebiji Bola

Itu lah Bola Sepak yang penuh dengan gelak tawa dan air mata.
Keadaan yang kita akan terbiasa saksikan di kejohanan dunia.
Secara khususnye Piala Dunia, kejohanan yang berlangsung selang 4 tahun sekali.

Tahun ini, pasukan yang diramal ke perlawanan akhir tersungkur di tengah perjalanan.
Semalam Brazil. Malam ini giliran Argentina

Pasukan Portugal yang dijangka membuat kejutan dan memberi tentangan hebat juga tewas.
Lebih malang untuk Itali dan Perancis yang gagal untuk mara dan melepasi peringkat kumpulan.
Manakala England yang dijangka akan beraksi cemerlang pada pusingan kedua juga gagal menyinar.

Tahun ini juga dihangatkan dengan kemunculan seekor sotong kurita yang pandai meramal.
Diberi nama "Paul". Tuan punya sotong tu minat kat Paul Scholes kot..Paulita pun boleh..Paula Malai Ali.. hehehe
Pada permulaan Piala Dunia memang aku dah hidu Brazil memang tak boleh pegi jauh kali ni.
Hehehe. Tapi aku tiada kaitan dengan Paul tu yer.
Setakat ni ramalan sotong tu benar belaka. Tapi kita sebagai seorang muslim mana bole percaya menda karut tu.
Syirik.. dosa percaya kat ramalan ni.
Teringin aku tanya sotong tu.. bila agaknya dia akan jadi sambal nasi lemak.. keh keh keh

Dalam banyak-banyak game. Ghana la paling kesian oo..
Dapat penalti di penghujung extra time, tetapi Asamoah Gyn gagal menggunakan peluang yang ada.
Sudahnya pada penentuan penalti Ghana nasib tidak menyebelahi mereka.
Abis je game, semua pemain Ghana mengalirkan air mata. Sedih
Tidak dapat menerima pahitnya kekalahan setelah peluang keemasan disia-siakan.

Tapi tu la, bola sepak.
Sukan yang mempunyai ramai peminat seluruh dunia.
Di semua ceruk kampung mahupun penjuru bandar minat sukan ni.

Walau pengadil berat sebelah, walau pemain rasuah..
Walau pemain berlakon di padang.. apa jua yang terjadi..
Peminat tetap setia menanti dan menonton. Tidak berganjak

Begitu hebat kuasa benda sfera yang di sepak-sepak ni..
Mungkin, Inilah dia sumpahan sebiji bola..
Iskh2

4 comments:

frwls said...

jangan harap football amerika, baseball, basketball, hoki ais leh lawan bola.

hihi

alien said...

mandrem sukan tersebut xcukup power lagi
hehehe

Hamzah Ian said...

mane2 blog aku pegi semua citer sal bola.. haha

alien said...

drg dah kene sumpahan bola ooo
kekeke