08 August, 2010

alien: alahai alahai

Sama seperti dalam fikiran aku, walau cuba aku nafikan dan cuba berfikiran positif. Akhirnya ianya terjadi seperti sisi negatif ku. Itulah kenyataan yang terjadi, realitinya bukan fantasi atau rekaan semata. Alahai - alahai . . .

Opis baru belum sepenuhnya siap dan belum bersedia untuk diduduki. Habuk di atas lantai, perabot belum sampai, pintu belum varnish dan segala kelengkapan belum bersedia. Tergesa - gesa bos besau ni nak pindah, walhal opis yg baru belum siap.

Perancangan untuk memindahkan barang dari opis lama ke opis baru pagi ahad ini terpaksa ditangguhkan sehari untuk urusan pembersihan opis baru tu. Kelengkapan lain seperti meja, almari . . . mengikut perancangan akan tiba pada tengah hari isnin. Tapi talian talifon dan internet belum disambung, tidak tahu bila. Alahai - alahai . . . perlu melepak coffee bean la untuk mensurf internet

Buat letih datang je. Akhirnya tiada barang pun yang dipindah ke tempat baru. Buat rugi pagi Ahad aku je.

Dan hari ini, tengah hari aku turun ke dapur membantu mak memasak setelah sekian lama aku tak memasak. Hehehe. Biase weekend aku takde kat rumah lee.. jarang~

Membantu pun aku berjaya memasak 2 jenis lauk, terung masak lada dan sup sayur bayam. Manakala, mak aku menanak nasi dan menggoreng ikan. Masak simple - simple jeee. Dan dan tu juga tiba - tiba abang aku datang bersama isterinya.

Bahagia melihat lauk semua habis ditelan mereka yang berada di rumah termasuk rakan adik aku yang datang belajar bersama adik aku. Licin oooo ~

Malam pulak memasak mee goreng style cina. Pakai mee ala ala speghetti yang di bawa abang aku yang menurut akak ipar aku mee tersebut dibawa dari Brunei oleh maknya. Jauh terbang mee tuu ooo..

Macam biasa, aku turun membantu lee.. tapi bahan - bahan mak aku yang sediakan. Aku? malas nak siang - siang sotong tu.. hehehe. Kacau - kacau mee, campak perisa . . bahan - bahan . . siap leee mee tu, mudah je nak masak mee ni.

Happy berkumpul sefamily pada hari minggu~
Penat di pagi, gembira di waktu petang...
Bebaloi - baloi

1 comment:

frwls said...

kalau ikut status fesbuk semalam, aku memasak.


tapi aku g kedai sebenarnya....harap2 takde orang tertipu