18 August, 2010

alien: alahai pakcik ~

"Sebulan cuma tolak jumlah sekian - sekian untuk derma ni, lebih kurang harga secawan teh tarik sehari" beritahu Petugas kepada Pakcik.

"Kalau sehari harga secawan teh, sebulan jumlahnya sekian - sekian.. setahun berapa?" Soal Pakcik tersebut.

"Err..." Petugas itu mengira - ngira
"Anggaran jumlahnya sekian - sekian Pakcik" Teragak - agak si petugas menerangkan kepada Pakcik tersebut.

"Banyak tu..." Balas Pakcik tersebut.
"Pakcik nak makan pun tak cukup . . . takpelah, semoga Tuhan membantu mereka"
Jawab Pakcik itu lantas berlalu pergi.

Petugas kaku berdiri.

Lokasi: Depan CIMB Bank
Petugas: Dari satu pertubuhan kebajikan NGO
Latar Masa: 10 minit lepas Azan Zohor
Situasi: Pakcik baru keluar CIMB
++++++++++++++++++++++++++

Perbualan atas tu macam biasa la, ada mukaddimahnya. Terang itu ini semua. Tapi, aku malas nak tulis. Korang reka la sendiri perbualan mukaddimah tu sesedap rasa korang le.

Bagi aku, agak-agak tak mau layan ke.. cakap "terima kasih" cukup le. Tak payah nak leretkan soalan pastu last sekali cakap tamau. 

Alahai pakcik ~




7 comments:

Hamzah Ian said...

hahahaha.. taktau nape gua gelak.. hohoho..

Hamzah Ian said...

adekah ni zakat???

alien said...

ko gelak sebb da nak waktu berbuka ni kan.. hohoho
bukan zakat, pertubuhan kebajikan NGO..

Ju Asu Ra said...

mintak derma secara paksa, kan?

alien said...

bukan~
petugas tu mengoffer skim derma utk rumah kebajikan melalui potongan tetap akaun bank.. jumlah potongan bulanan xde la mahal mana pun.
N kita ada option utk stop payment tu gak if kita da tanak derma.

Anonymous said...

Nice fill someone in on and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you seeking your information.

alien said...

aik?
what assign you do