23 August, 2010

alien: Istana Bambu

Lokasi: Istana Bambu, Jalan Ampang
Tujuan: Berbuka puasa
Masa: Sabtu, 7.00 petang hingga 10.00 malam

Tempat tujuan, Istana Bambu. 
Bambu dalam bahasa lain dia buluh.
Restaurant yang menggunakan buluh sebagai decor dia.
Feel tu dah ok, ada suasana classic.
Kalau malam dapat la rasa suasana cam kampung kot.

Menu hari itu adalah bufet. Ada kuih muih, buah - buahan.
Lauk antaranya: Ikan sambal, Udang rempah, Ayam masam manis,
Daging cili, Sup tulang, Gulai patin, Tomyam santan dan beberapa jenis lagi.

Mereka sedang bergumbira tatkala menunggu waktu berbuka.
Meja tak cukup panjang la, susah nak letak makanan dan
pinggan yang banyak.
Tak lupa, menu air adalah: Teh, Teh O, Kopi, Sirap, Cincau, Air Kosong

Kulit udang yang berjaya dibaham oleh kawan aku.
Penggila udang katanya. 
Oleh kerana rempah udang itu kurang menarik, aku jadi
kurang berminat dengan cik udang itu.
Kalau "ButterPrawn" kompom aku pun join sekaki meratah
cik udang tu.

Bergambar kenangan sebelum kena halau dengan pemilik restoran.
Hehe. Tipu je.
Jam dah menghampiri 10.00 malam.
Kitorang adalah group terakhir melangkah keluar 
dari restauran tu.

Kami berenam.
Yeh, hensem bergaya.

Di pintu masuk Istana Bambu.
Bergambar sebelum masing - masing memilih haluan
hidup masing - masing pada malam itu dan hari mendatang.

~
Kesimpulan dia, 
Bufet di restaurant itu agak biasa - biasa. 
Tidak sesuai nilainya dengan apa yang dibayar.
Di harap mereka dapat meningkatkan mana - mana yang lemah
agar mereka berjaya di masa depan.
Kastemer kene jaga oo..
Diorang punya kuasa marketing
"Mouth to Mouth" sangat power.

Oleh kerana, berjaya berjumpa rakan sekelas di 'U'
tidak la terasa rugi sangat. Hohoho
Walau tidak semua yang hadir.

Terima Kasih kepada yang hadir.

4 comments:

frwls said...

ok. tanak pegi. sampai ko reviu makanan dia ok. heheh

alien said...

haha..
ramai merungut
kalau ala carte pun service lambat
kalau da super duper nnti aku infom

citahrudin said...

aah lh..tgk gambo lauk tu mcm sayu2 je weh

alien said...

tu r pasal
kawan aku cakap "baik makan bufet kat restoran kakak dia.. lauk lebe kurang, siap ada satay lagi.."
hehe