23 September, 2010

alien: sepetang bersama Sadik

Jadi, menanti itu amat meletihkan jiwa
Penat otak
Lagi kalau tunggu sorang - sorang; mati kutu
Pulak tu orang kat meja lain tengah rancak berbual
Meja sana bincang pasal bisness, biaselah .. kat mamak ~
Meja belah sini bincang pasal assignment.. student ~
Meja belah situ pulak hal perempuan
Meja belah sinun pulak hal lelaki
Meja hujung sana ngadap TV beramai - ramai sambil gelak - gelak
Ada meja sefamili makan - makan

Tinggal la Sadik sorang men'count down'

Bukan salah diorang lambat
Sadik yang cepat
Heh..

Jadi, bila lelaki berjumpa lelaki .. bukan gay dowh!!
Kisah hal 'lelaki' la dibincang
Sama macam perempuan jumpa perempuan..
Hal 'perempuan' akan mewarnai topic perbincangan

Maka berboraklah si Sadik dengan rakannya: Tamyiz dan Razak

"Razak .. kau dah tunang, bila nak kahwinnya?" tanya Tamyiz dengan muka serius. Sambil menatap muka Razak di depannya.
"Ha'ah la.. bila tu, senang la aku nak fix dalam schedule aku.." tambah Sadik sambil mengeluarkan PDAnya. Nak beli BlackBerry belum mampu, apetah lagi IPhone mahupun HTC. Baru memulakan kerjaya setelah tamat belajar kan... tak mampu lagi. 

"Akhir tahun depan .." jawab Razak ringkas


"Bulan berapa?.." balas Tamyiz. "Takut clash dengan majlis tok penghulu kampung aku.." Dia menyuarakan ketidak puashatiannya kepada jawapan Razak yang ringkas.
Sambil Sadik menaip sesuatu di PDAnya. Jenama biasa-biasa je, tak payah tanya. Segan aku nak taip kat sini. Hehehe. Dia kelihatan sibuk macam seketari mencatat arahan bos.

"Siyes ke nak tahu?" kali ini Razak berubah jadi seriyes, macam kartun Jimmy Neutron kat TV9 kol 4.30pm petang tu. 

"Ha.. laaa.." jawab Sadik dan Tamyiz serentak.

Dengan gaya machonya, Razak berkata "Bila aku dah cukur licin bulu aku..."

"Macam mana aku nak tahu?" tanya Sadik tanpa membuang masa.

Serentak itu, Razak dan Tamyiz tergelak besar.
Hehehehe.

Dan Sadik terpinga - pinga.
Kesian ...


5 comments:

frwls said...

its gud to be nerd and kind..

kehkeh

mimizuzuhaha said...

haha

Shukri Mohd Ali said...

kahkahkah... =D

sastraboy said...

tegak je dia kan. kesian. haha.

alien said...

frwls:
betul2.. innocent

mimizuzuhaha/shukri:
hehehehehe

sastraboy:
lebe kuang la..
kesian