19 September, 2010

alien: tiba-tiba aku benci

Perjalanan dari Sijangkangville ke Gombak agak jauh la
Kalau naik kereta sempat jugak bertapa dalam kereta
Hehehe
Tadi aku merempit ke Gombak
Ikut Kesas
Sebagai penunggang yang berhemah, aku ikut laluan motosikal
Macam biasa
Tapi, tiba - tiba aku benci laluan untuk motosikal
Jalan die ada tak elok seperti main road
Tensen gua
Ada permukaan tar yang timbul angkara akar pokok di sebelah jalan
Adeh2

Then, selekoh dia ada yang tajam - tajam
Bahaya oooo

Kalau pergi kerja aku ikut federal
Dah tentu perlu ikut laluan motosikal kalau tidak polis saman
Hehehe
Keadaan jalan die pun sama je
Selekoh yang berbahaya
Tar yang timbul angkara akar pokok besar
Dan beberapa faktor yang boleh membawa bahaya kepada penunggang

Aku pernah jumpa penunggang melanggar dinding sebuah terowong
Ada juga yang terjatuh akibat kesilapan ambik selekoh
Bahaya ooo

Tepi tu penghadang besi bukan getah
Dah kompom darah terkeluar kalau terjadi hentaman
Errr...

Jalan raya pun berbahaya kepada pengguna
Macam mana tu??

7 comments:

finas said...

aku xsuka laluan mmotosikal.bahagian terowng tu sgt mengerikan dan bersemak samun.

Ju Asu Ra said...

haaa...betul2..bila malam lagi seram lalu ikut situ..

Shukri Mohd Ali said...

ini jam mana ada selamat. dekat udara pun boleh eksiden. hahaha =D

zaradgreat said...

jalan raya pun nak raya. itu yang buat tunjuk perasaan tuh

h a n i e said...

mulakan perjalanan dengan lafaz bismillah serta doa..mudahan selamat..

elly said...

Sebelum keluar rumah baca ayat kursi 3 kali, masa dah naik kenderaan baca lagi....

alien said...

finas:
betul tu.. bahaya

Ju Asu Ra:
malam2 ikut jalan besau je
laluan moto bahaya

shukri:
setuju~
kat air pun bole eksiden

zaradgreat:
mungkin juga die nak duit raya kan

hanie:
insya`Allah
moga selamat

elly:
insya`Allah