11 September, 2010

alien: tragedi satu syawal

Alahai~
Pergh, pertama kali aku terbuat lawak pada satu Syawal. Siyes, aku pun tak sedar . Kelakar gak la.. Senyum sorang - sorang bila aku ingat balik. Abang dengan akak ipar aku bulih layan gelak lepas  kejadian tu sebab dia saksi kejadian, selain bapak aku. Cis.. cis

Bulan Syawal hadir selepas Bulan Ramadhan. Pada satu Syawal saje kita boleh jumpa lemang, ketupat, rendang dan segala macam kuih tradisional dihidang secara berleluasa oleh mak kita, jiran sebelah rumah, saudara mara mahupun sahabat handai. Pada ketika itu juga, kita boleh membaham juadah yang dihidang secara berleluasa itu dengan rakus tapi sopan. Hehehe

Macam biasa lah, pagi subuh bertakbir raya dan bersiap ke Surau depan rumah aku untuk solat sunat Hari Raya. Bermohon maaf sesama ahli keluarga, kemudian baru berangkat ke rumah nenek yang tidak jauh dari rumah. Rempit laju - laju 5 ke 7 minit bulih sampai dah. Kalau bawak secara berhemah cermat 10 ke 13 minit dah sampai. Dekat je pun. Borak makan gelak minum maaf. Macam biasa la kan, tak kan nak bersukan pulak kat rumah nenek. Tak kena pulak dengan tema hari raya nanti.

Meneruskan aktiviti berziarah ke rumah sedara mara. Sampai satu rumah atuk saudara aku la kan, bapak aku masuk dulu pastu aku la follow belakang. Ada la 4 ke 5 orang laki kat ruang tamu depan, ruang tamu tu kecik.. jadi agak crowded la kan. Geng - geng mak  mak semua duduk ruang tamu tengah. Tapi drg kena lalu ruang tamu depan untuk ke ruang tamu tengah. Aku jalan belakang mak aku. Sambil jalan slow-slow itu aku salam la dengan geng - geng laki yang ada kat situ.  Aku bersalam dengan penuh semangat walau pada masa itu aku agak mengantuk.Tengah rancak bersalam - salaman, tetibe aku tersalam bapak aku plak yang dah duduk dulu kat sofa tu. Err, memang lah tak salah.. tapi bapak aku bukan tuan rumah kan.. huhuhu

Aiseh ~ 
Bile masa bapak aku duduk situ la pulak.  Dah abang aku dengan kakak ipar perasan, tergelak. Atuk sedara aku layan gelak jugak. Hadoi~ camne bulih tak perasan bapak aku dah melepak kat sofa tu. Spoil .. tengah rancak bersalam pulak tu kan. Geng laki lain yang perasan cume senyum sajee.  Hehehe, terus tak jadi nak mengantuk masa tu, mata terus jadi segar bugar macam baru lepas mandi pagi dengan air sejuk gilee.. tapi, segar untuk seketika je la. Masuk 10 minit lepas tu, rasa mengantuk tu datang balik. Ngahahaha~

Kisah satu Syawal ..
Heh..
Kepada semua ~
Selamat Menyambut Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Kepada para perantau yang berada di sana..
Amerika, England, Afrika, New Zealand, Australia, Papua New Guinea, China, Jepun dan segala pelusuk dunia.. Gambar lemang itu untuk anda. Jangan di lupa rasa enaknya lemang di pagi raya walau di mana anda berada. Hehehe



p/s: gambar itu google cambiasa

3 comments:

Puteri Bt Ahmad said...

ahahhahahahahhaahha lawak!!!! aaaa...tgk pagi2 aku da gelak giles nih. ahahhahahhahahhaha.

mirachantek said...

oh lemang!

alien said...

puteri:
hahaha...
kelakar aku masa tu
aish~

mirachantek:
cicah rendang
pergh~