04 October, 2010

alien: imagi yang liar

Wooohhooo !!!

Girang di dalam hatinya. Matanya terus fokus ke hadapan, memintas segala jenis kenderaan dua roda. Dari jenama Honda, Yamaha, Suzuki ... hingga ke Modenas. Ada sebuah Kawasaki Naked meluru pantas ke hadapan, dia tidak berjaya mengejarnya.

Walau apapun, dia terus laju membelah angin pagi yang dingin.
Di belakangnya ada beberapa jentera Honda dan Yamaha mengekori, tidak terlalu rapat; kapcai.
Pagi itu semua kenderaan empat roda bergerak perlahan, semua pemandu menekan pedal minyak dengan berhati - hati. Kesesakan berlalu di laluan tol dan susur keluar ke simpang yang berdekatan.

Vrooom ... ~
Vrooooooommm .. ~

Semakin yakin dan berani dia memecut di laluan motor.
Selekoh demi selekoh dia ratah selamber, walau ada beberapa ketika terasa seperti tayar belakangnya terbuang sedikit. Hampir hilang kawalan akibat jalan basah serta berpasir.
Tapi itu tidak menggentarkan naluri kelajuannya.

Dia terus memecut laju macam di rasuk roh Mick Doohan.
Hatinya melonjak melihat sebuah lagi selekoh.
Dia bersedia ...


Skrett.....
Krassshhh ~!!

Dia jatuh.
Bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang gadis india.
Dia hilang kawalan ke atas jenteranya.


Jalan licin dan selekoh yang agak berpasir melenyapkan egonya pada pagi itu.





Sebuah kawasaki hitam berhenti, seorang riders memakai riding jacket berhenti di tepi sambil mengawal lalu lintas. Keadaan macam suasana motoGP, masing - masing memperlahankan kenderaan ketika mendekati kawasan kejadian. Terdapat beberapa orang membantu.

Ternyata dia telah tewas di selekoh itu pada pagi itu.
Nasibnya baik, dia hanya cedera ringan. Gadis itu juga.


- kejadian benar yang diolah buat pengajaran para pembaca, berdasar pemerhatian penulis.


8 comments:

mirachantek said...

ahhh habes calar buruk muka

h4ni3 said...

kisah benar?
adakah terjadi pada diri sendiri?
hehe

tu la jadi kalau bawak jentera tak beringat kan... hehe.. peace!

alien said...

mirachantek:
muke tak calar kot..
mungkin kaki atau tangan die

h4ni3:
bukan lah..
tapi ini kejadian benar..pagi tadi..
cume jalan crita tu tipu
hehe

gadisBunga said...

siyes ada moto nama Kawasaki Naked?

maaf, kite buta moto. :D

sastraboy said...

haish!

payah payah. nasib baik takde apa apa.

alien said...

oh, kawasaki Naked..
biase kwn2 aku gelar kawasaki naked bike dengn panggilan camtu..contoh kawasaki naked: Z750R .. ER6N..
sekian

Firol said...

ni mesti hang anas kan?? konfem

alien said...

eh bukanlah
bukan..