15 October, 2010

alien: katak pulak dah

Tadi selak - selak buku ..
Muka buku ..
Kawan aku post status, pasal mimpi ular sawa bunting belit tiang kat bilik mandi rumah dia.
Eh, dah takde benda lain ke ular tu nak belit.
Iskh3..

Em,
Naruto .. pernah dengar nama tu?
Tipu lah kalau korang tak pernah dengar ..
Mungkin sipi - sipi dengar ke, korang lupe
Kawan - kawan, jiran sebelah rumah, anak sedara, adik .. mungkin pernah sebut nama tu kan
Tapi aku bukan nak cerita hikayat Naruto nih
Hikayat si Naruto biarlah si Masashi Kishimoto yang ceritakan

Dalam tu ada si Jiraiya kan
Then, ada katak kan ..
Katak?

Alkisahnya ..
Beberapa hari lepas aku ada mimpi pasal haiwan bernama katak ni
Masa tu, petanda awal demam dah hadir dah
Mimpi yang berpetanda atau tidak, aku pun tak tahu

Rajin pulak aku google tadi
Cari pasal mimpi katak nie
Ni pengaruh ular sawa kawan aku la ni.. cis

Dalam mimpi tu
Aku membuka sliding door rumah aku
Lepas tu ada seekor katak melompat menuju aku
Tuju tepat ke dada
Aku elak
Tapi, katak tu tuju gak ke tempat yang sama
Dan ... aku terjaga

Pergh, terasa macam geng - geng Naruto plak termimpi katak neh
Aura katak tu meresap dalam badan kot
Jiraiya turunkan ilmu dia kat aku la ni
Hak
Tapi fikir balik
Ngeri pun ada
Pelik

Moga dijauhkan perkara yang tidak elok..
Amin ~



Pandangan Jiraiya:



"Secara rasminya kau adalah anak murid aku ..." kata Jiraiya dengan gaya sinis ketika aku bertanya alkisah mimpi tentang si Katak.
"Erk ..."

Tipulah ...


10 comments:

ateeka amer said...

.mimpi2 ni, memang ada makna ke, atau cuma gangguan syaitan? sebab... aku selalu gak mimpi merepek, tapi katak takde la/\/

h a n i e said...

mimpi katak..terus letak gmbr profile fesbuk kapten kero kannnnnnn..hahahaha

mirachantek said...

feymes si kata

h4ni3 said...

kenapa tak cium katak tu?
mana tau bertukar menjadi sang puteri pulak. hehe

alien said...

ateeka amer:
entahlah.. mimpi orang kebanyakan cam aku ni mainan tido je la..hehehe
selalu aku mimpi lari2..
kali ni mimpi berbeza skit
tu yg pelik

hanie:
kero~
kero~
takde la.. gambar ni mmg da lama
lgpun kero tu comel ape

mirachantek:
hahaha~

h4ni3:
hohoho
puteri katak plak

Shukri Mohd Ali said...

saya selalu mimpi jumpa orang yang saya suka. hakhakhak.

alien said...

wah~
best2

fndrocka said...

Tanda2 akan berlaku pkara yg menggelikan

elly said...

Fuhhh...katak......geli geleman rasanya.....

alien said...

fndrocka:
hohoho
agaknya lah kot

elly:
gamba katak tak geli
kalau live depan mata baru geli