08 October, 2010

alien: nafsu si sawa

"Nyum ... nyum .. nyum ..."
"Nyum ... nyum .. nyum ..."
"Nyum ... nyum .. nyum ..."


Dia menelan santapan pagi itu dengan berselera sekali.
Tidak peduli jeritan - jeritan kecil anak si mangsa.
Merintih sayu melihat ibunya di ratah dan di telan hidup - hidup tanpa belas.

Dia menjeling tajam ke arah anak - anak mangsa dan melemparkan pandangan tajam yang memberi maksud, "Esok lusa giliran korang pulak.."

Si anak berganjak sedikit demi sedikit dan melihat dari jauh.
Sambil tak henti - henti merintih nasib yang tinggal sebatang kara.
Si anak bermundar - mandir jadi tak keruan.






"Apa bising - bising tu Sadik .. pergi sana tengok ..", bapanya menyuruh dia men"survey" keadaan bising - bising di pagi itu.



Dia berjalan menuju ke arah bunyi bising itu.

Tigapuluh saat kemudian dia sampai ke tempat bising itu.
  
Dan terlihat olehnya
Ibu ayam sedang diratah oleh seekor pemangsa buas.
Pemangsa buas yang tidak berkaki.

Hatinya berdegup kencang ..
Perlahan dia berundur. Laksana si pendekar dia melarikan diri.
Selaju angin



Dua minit empat puluh saat kemudian
Dia kembali ke tempat tadi

Kali ini dia datang bersama bapanya.
Musuh tidak kelihatan, yang tinggal hanya helaian bulu - bulu yang boleh dibuat shuttle cock.
Bapanya menguis-nguis kesan bukti di atas tanah dengan sebatang paip besi.

Dia berdiri tidak jauh dari tempat bapanya berdiri.
Matanya meliar ke kanan dan ke kiri. Berwaspada
Bimbang musuh akan menyerang kembali.
Golok di tangan kanannya di genggam erat.

"Dahlah .. rezeki dia pagi ni..", pujuk bapanya ketika melihat muka Sadik yang tegang.

Dia diam, tiada kata - kata yang terluah.
Reaksi masih seperti tadi. Tegang dan serius.


"Jomlah, mak kamu dah rebus ubi tu ... cicah dengan sambal belacan sedap nie ..", bapanya berkata sambil melangkah pergi.

Dia membuntuti langkah bapanya.
Mukanya sedikit kecewa
Dalam pandangan matanya masih terbayang seekor ular sawa batik sebesar tin planta sedang membelit dan menelan ayam peliharaannya.

"Dahlah tu, jangan kecewa sangat.. kita bela la ayam baru..itik ke.. angsa..", bapanya berkata ketika melihat wajah muram anaknya itu.









Tapi sebenarnya,
Jauh di sudut hatinya dia kecewa kerana terlepas kulit si ular sawa itu.
Heh.

Alahai Sadik ...



5 comments:

frwls said...

petang-petang camni, ubi kayu memang cara

gadisBunga said...

ces! mata ringgitan!

Edy G-Minor said...

oooooouh.

h4ni3 said...

nak buat kasut raya utk tahun depan pulak? hehe

alien said...

frwls:
duduk kampung semo ada~
hehe

gadisBunga:
biasa tu, org zaman kini
segalanya duit

Edy G-Minor:
hehehe

h4ni3:
tu lah tujuannya