08 October, 2010

alien: teater muzikal lah pulak

Diam lebih baik dari bercakap
Tapi ada jugak berpendapat, diam itu boleh membuat orang lain marah. Bergantung pada situasi ..

Situasi yang bagaimana?

Di mana kata - kata kita diperlukan untuk menjadi bukti ..
Di mana percakapan kita perlu untuk menegakkan kebenaran, menjernihkan suasana ..
Juga apabila kita diperlukan untuk menegah kemungkaran ..
Antaranya ..
Banyak lagi sebab kita perlu elak dari berdiam
Tapi tidak berdiam bukan bermakna berbuat bising tau


Dan ..
Malam ini aku akan berdiam menyaksikan Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya
Teater ini yang sepatutnya melabuhkan tirainya pada 3 Oktober telah dilanjutkan sehingga 9 Oktober kerana sambutan yang luar biasa dari peminat teater dan juga masyarakat di luar sana.

Full house .. tiap kali persembahan
Dapat seat belakang pun dah bersyukur
Heh


Mari menonton !!!


: Untuk rekod, ini adalah kali ke-3 aku jejak kaki ke Istana Budaya untuk menonton persembahan teater selepas Natrah dan Antara .. bolehlah kalau nak cerita pengalaman kat anak cucu esok.. Hehehe



8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

layan bro

MOFASAD said...

ceh

tgk maher zain lagi stail

h a n i e said...

aku tak pernah sekali pun layan teater. :P

alien said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o:
yehhh

MOFASAD:
haha
bak tiket satu..

h a n i e:
try la layan satu~
feel die lain dari tgk movie oo

mirachantek said...

oke mari ke teater aku pulak di uia. hahah

alien said...

bile kah?

h4ni3 said...

mana mau dapat tiket free? =P

alien said...

ada tiket free ke?