06 November, 2010

alien: Fenomenakah

Aku tahu, korang bangun pagi mesti buka Facebook kan
Kalau tak pagi, mungkin tengah hari, petang pun boleh jadi
Kiranya Facebook ni dah jadi macam sebahagian dari diri korangkan
Macam yang tulis blog jugak, rasa macam tak lengkap kalau tak update blog
Hohoho

Nak jadikan cerita
Alkisahnya macam ni

Kisah fenomena Maher Zain, boleh di panggil fenomena ye tak?
Rata - rata orang tahu siapa Maher Zain, Anuar Zain pun orang tahu kan
Lagi - lagi lepas dia buat konsert tak lama dulu
Si Mofasad katanya pergi.. hohoho

Ramai meng'like' page Maher Zain kat Facebook dia
Si Mofasad ni aku tak tahu la ramai like ke tidak, dengar - dengar ramai musuh
Hak hak hak

Bagus lah ramai yang suka lagu - lagu dakwah yang dibawa beliau
Beliau kat sini merujuk kepada Maher Zain tau bukan Anuar Zain mahupun Mofasad tu
Tersedak - sedak mereka bertiga nama naik kat blog aku ni

Lagu - lagu seperti Insya`Allah, For The Rest of My Life, Awaken, Open Your Eyes dan beberapa lagu lagi menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat baik generasi muda mahupun generasi tua. Lagunya mudah dihadam dan seronok didengar. Menusuk ke dalam jiwa lah.

Pada hemat aku, yang meminati lagu keagamaan dan lagu berunsur dakwah ni mesti lah seorang yang sopan macam peminat lagu dan kumpulan nasyid. Tapi ironinya tidak, ada segelintir peminat yang masih belum sepenuhnya terbuka hatinya. Mungkin cara kehidupannya betul, dengan cara yang betul. Tapi, cara pemakaian masih lagi belum mengikut apa yang digariskan oleh ajaran Islam.

Sebab, aku rasa lain macam lah. Menyanyi dan meminati lagu - lagu yang berunsur keagamaan, tapi secara lahiriah diri sendiri tidak menurut apa yang dilagukan. Adakah sekadar minat saja. Atau tertarik dengan kesedapan liriknya. Atau sebab ikut kawan, dia suka maka kita pun suka. Atau hanya tertarik sebab populariti si penyanyi atau lagu yang dibawanya.

Jadi, macam mana tu?
Korang macam mana. Tak rasa pelik ker

Semoga mereka cepat - cepat sedarlah







9 comments:

sharamli said...

minat sebab dia hensem...

heh..

:p

redza said...

xminat pulak aku ngan maher zain nih

mirachantek said...

err betul la tu. budak2 u aku pun minat pasal lagu dan hensem dia je.
masa dia datang buat show kat u aku ni pon budak2 terjerit2.
macam memalukan.

mirachantek said...

anyways, lagu2 dia memang sedap. untuk first atraction dah berjaya dah tu.
cuma part nak menyampaikan yang tersirat tu yang belum berjaya sangat lagi

frwls said...

minat sebab dia ensem.

hehe

;P

gadisBunga said...

mau argue pasal bab pakaian tu, tapi malas.

bagi GB, cara pemakaian dia tak salah.

sebab...tali leher dan kot diperkenalkan oleh orang islam andalusia.

kristian dan yahudi di arab saudi pula berjubah juga.

jadi tiada yg perlu dipertikaikan di situ.

sekian.

alien said...

shramali:
die ensem pun..

redza:
huhuhu
layan lagu2 die
nice

mirachantek:
kata pun budak2
mmg r jerit2
hahaha

frwls:
erk
hahaha

gadisBunga:
eh, bukan pemakaian dia lah yg cuba aku maksudkan
maksud aku segelintir peminatnya yg masih tidak menutup apa yg perlu ditutup
macam mira ckap, mungkin part tersirat tu belum berkesan

gadisBunga said...

ic ic...aku tak baca betul2 la ni. maaf. :D

alien said...

hohoho
tadapape la
people do mistake kan