05 November, 2010

alien: Platun Harimau

"Platun Harimau", itulah nama diberi.


















Sebuah novel ketenteraan hasil nukilan Lt. Kol. Mohd Radzi Abd Hamid.
Korang boleh jumpa blog dia kat sini: Pena Celoreng.
Aku baru habis baca buku ni tadi.

Kisah tentang pertempuran pasukan khas komunis, Black Jacket dan pasukan khas Rejimen Askar Melayu DiRaja, Platun Harimau. Pada masakini, Platun Harimau dikenali sebagai Unit Combat Intelligence Squad (UCIS). Latar masa dalam novel ini adalah sekitar tahun 1980-an, di bahagian utara tanah air.

Buku ini wajib dimiliki tiap pembaca, ia ada nilai patriotik, perjuangan, kasih sayang dan beberapa nilai murni yang lain yang bagus untuk dihadam sekelian pembaca.

Dengar - dengar ia akan di filemkan. Betul atau tidak, tunggu~
Yang pasti kalau ia di filemkan, aku antara orang - orang yang akan beratur membeli tiket.
Thumb Up !!

Sekarang akan mula membaca buku kedua untuk bulan ini, Jangan Biarkan Surau Ini Roboh.
Selak - selak sinopsis agak menarik. Hasil nukilan saudara kita dari seberang, Taufiqurrahman al-Azizy.



















Mari membaca !!!
Hohoho...



6 comments:

Kazaztan Team said...

ehhh menarik...jrg baca novel dr penulis lelaki...

h4ni3 said...

bulan ni bulan membaca ek?
:))

alien said...

Kazaztan Team:
aku ada novel lelaki
heheh
12 buku semonya: Ramlee Awang Murshid n Faizal Tehrani

h4ni3:
tade la
mmg tiap bulan beli 1 atau 2 buku utk di baca
prefer buku melayu

sastraboy said...

faisal! bukan faizal!

huhu. buku last tu pernah jugak den lihat, tapi tak tergerak nak beli. haha.

alien said...

maaf
salah taip
hohoho

elly said...

Kena carik nih....