08 November, 2010

alien: a tribute

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Petang tadi (Ahad) aku sempat layan Astro
Kalau dah aku yang layan Astro sorang - sorang biasa aku pilih channel 550 hingga 556
Biasa lah tu

Tapi, kadang kala belek - belek tiada rancangan yang menarik
Aku pilih channel kartun lah
Sebelum aku pilih channel rancangan melayu yang ulang siaran tu
Hehehe

Dan siang tadi aku tune channel ke saluran History
Dan .. ia sebuah dokumentari tentang seorang anak seni ulung di Malaysia
Seorang yang tiada gantinya yang istimewa
Dokumentari tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Sebuah kisah perjalanan hidup seorang insan yang bernama P. Ramlee

Kita yang menonton hasil karyanya melihat beliau seorang yang ceria
Selalu membuat orang tertawa
Filem lakonan dan arahannya sesuai ditonton hingga kini
Tidak terasa bosan walau berulang kali dimainkan di TV atau CD
Sinis dan ada pengajaran

Lagunya yang evergreen
Terasan indah

Tapi hakikatnya
Perjalanan hidupnya penuh dengan ranjau
Tidak seindah yang kita bayangkan
Atau yang dipertontonkan

Walau keadaan sekeliling tidak memihak kepadanya
Dia tabah dan cekal mengharungi hidupnya
Hakikat itu terkesan ke dalam jiwa aku yang menonton dokumentari itu
Aku harap dokumentari tersebut di jadikan CD
Agar generasi seterusnya dapat mengenali insan bernama P. Ramlee ini


Al - Fatihah untuk beliau
 










8 comments:

elly said...

aku minat P.Ramlee...

redza said...

p. ramlee mmg xada penggantinya...

al fatihah utk beliau

alien said...

elly:
aku juga minat

redza:
betul tu, die insan yg unik

Zezebel said...

Al-fatihah untuk arwah.
Insan seni yang memang tiada galang gantinya sampai sekarang.

fyziviruss said...

al-fatihah...

gadisBunga said...

i missed it! agaknya ada ulangan lagi kot kat astro kan?

alien said...

Zezebel:
yah
masa hebat di sanjung
masa jatuh org lupa
sedih tgk dokumentari die

fyziviruss:
untk Arwah

gadisBunga:
ada ulangan lagi rasanya
kat channel history
tapi tatau la jam brapa

mirachantek said...

aku nak tengok teater muzikal tu. tapi hostel aku tade tv pulak...