09 December, 2010

alien: buaya di kaki

Tiga tahun yang lalu,
Budak rumah sewa aku gelak pandang selipar getah aku
"Ciskek !!!" aku cakap dalam hati
Aku pakai yang Asadi punya je, kaler biru
Sampai licin tapak dia aku pakai
Ngeh ngeh ngeh
Dua tahun yang lalu,
Sewaktu pulang dari Padang, Indonesia
Selipar getah cap Asadi aku yang baru sempat aku pakai seminggu tercicir kat LCCT
Aku suspek ianya jatuh kat ruangan kargo kot
Sbb aku gantung selipar tu kat beg
Aishhh ...

Dua hari lepas,
Bekas budak rumah sewa yang gelakkan aku semua pakai selipar getah yang sama
Warna aje berlainan
Tapi bukan brand Asadi, brand Crocs-lah
Uptown mari !!!

Aku je pakai sandle ...
Heh







Sekarang ni, ramai yang menyarung buaya di kaki masing - masing, samada yang original mahupun yang cetak rompak atau pun yang berbeza jenama. Betul kan ..

Mesti George B. Boedecker, Jr. bangga lihat rekaannya menakluki jalanan - jalanan.
Selain berjaya menandingi populariti "Selipar Jepun" yang top sejak generasi ke generasi sebelum wujudnya selipar getah rekaannya.

Tapi bagi aku, selipar jepun masih berada di ranking teratas di Malaysia ini. Kerana, jika tiada selipar jepun maka tiadalah permainan yang dipanggil "baling selipar". Tak kan korang nak main baling selipar pakai terompah kayu kot. Bocor kepala nanti. Heh !!!


Tiada selipar jepun, tiadalah selipar jamban ..
Err, selipar jepun dengan selipar jamban tu spesis yang sama kan ..



14 comments:

sastraboy said...

selipar jepun dengan selipar jamban dulu sama sepesis aku rasa.

tapi sejak dua menjak ni, dah berubah dah.

saiazuan said...

haha aq sp skrng pakai slipar jepun lg.. xde buaya2 deh..

alien said...

sastraboy:
a`ah kot ..

saiazuan:
setia pada yg satu~
kehkeh

redza said...

selipar jepun tetap dihati huhuhu

fa-in said...

buaya merah lalala~

Daddy Ziyyad said...

gua rasa, sekarang ni amat amat tidak berbaloi kalau spend duit nak beli croc ori. MELAMBAK imitation punya..budak kecik pakai croc, buruh indon pakai croc...pendek kata, dah takde class langsung pakai slipar boya nih...miahaha

alien said...

redza:
yeh..
selipar jepun tetap mendahului

fa-in:
uit uit

Daddy Ziyad:
betul tu..
taraf siper buaya ni da menyamai selipar jepun
keh keh
tapi selipar jepun tetap legend

zaradgreat said...
This comment has been removed by the author.
zaradgreat said...

selipar jepun tetap di hati. selipar buaya tuh tak selesa nak pakai.

alien said...

keh keh keh
yg penting ada alas kaki
selamat dari kecacingan

fyziviruss said...

ohhh selipa jepun mjd pujaan ati ku..

alien said...

heh heh heh heh

Ju Asu Ra said...

yes..selipar jepun je yg ada saiz dgn kaki aku..

alien said...

selipar jepun pun style ape~