29 December, 2010

alien: bukan salah siapa - siapa, salah kita sendiri

Dengan tersiarnya berita ini di akhbar the star.
Orang yang biasanya dipandang sebelah mata mungkin telah menggugat para pemilik kerusi empuk di pejabat. Perkara tersebut walau akan menjejaskan pendapatan mereka yang dipandang sebelah mata ini, namun ia telah berjaya meletakkan usaha mereka dalam kelas yang tersendiri.
Syabas !!

Itu baru seorang yang ditemui. Di luar sana ramai yang seperti dalam akhbar itu berkeliaran samada solo, berduet atau berkumpulan. Bayangkan keuntungan besar sindiket - sindiket yang menaungi mereka. Wow !!. 

Tak salah kalau niat kita ikhlas nak memberi. Asalkan niat ikhlas, kita akan beroleh pahala.

Sekiranya mereka itu benar - benar begitu iaitu tidak berupaya, pemberian kita bermanfaat kepada mereka. Sekiranya mereka hanya menyarung topeng sebegitu, moga mereka segera berubah. Segeralah sementara hari masih terang.





Malam ini perlawanan akhir Indonesia bertemu Malaysia.
Dengan bekalan tiga gol. Peluang cerah di pihak Malaysia untuk membawa pulang Piala AFF.

Hari ini juga, surat khabar ada bercerita tentang kisah laser. Penulis blog pun ada tulis. Di twitter katanya perang dingin, entahlah, tak ambik port.
Malaysia dan Indonesia kan satu rumpun, tidak banyak bezanya. Dan perlawanan bola sepak ini sepatutnya mengeratkan persaudaraan antara kita bukan saling tuduh menuduh tentang siapa yang mula menggunakan laser. Jadilah dewasa dan matang atau kata lainnya "Professional".

Aku teringat zaman aku bermain Ragbi dulu. Masing - masing tunjuk garang dan bengis dalam padang. Terjah keras, kejar mengejar, tarik menarik, Keluar padang masing - masing duduk bergelak tawa bersama.
Nice kan ~
Perangai professional walau amatur.
Heh






12 comments:

Anisa Hang Tuah said...

all the best malaysia!

redza said...

betul tu..xperlu perbesarkn hal2 laser tu tpi klu hri2 org sebelah sana dok kutuk kita sape tahan ye tak

tq, ko jawab anon kt blog aku

Daddy Ziyyad said...

Bro, rugby memang gentleman game..
Kita keras, kita bengis, tapi luar padang kita baik.
Kita keras, kita bengis, tapi cakap ref kita ikut, tak macam player bola..degil! Hahaha..
Ko main apa dulu?Aku hooker

cikceriacorner said...

hehehhe...pemain ok..tp penyokong yg out..heehe

Alynn Notnot said...

sgt setuju. dah pening dah dgn isu indonesia malaysia ni.

Jemput datang jenguk blog yee ; "This is my story".

h4ni3 said...

huhh.. baru perasan
patut la husband ai suruh masak malam ni
lupa pulak ada bola
mesti dia malas nak gi kedai tu! hoho

gadisBunga said...

jadi profesional macam tu baru la hensem org tgk...

org kata pemain ragbi ensem2. betul ke? kikiki!!!!

Faaein Himura said...

ha.. betul2.. masa dalam padang memang lawan.. bila dah luar padang.. leh aje jadi kawan baik.. huhuhu...

good luck malaysia.. =]

Kazaztan Team said...

kita mmberi mrk merasa...

mrk2 tu perlu blajo pd pemain ragbi tu...

alien said...

Anisa Hang Tuah:
yeh menang !!!

redza:
yeh, aku pun panas isu tu
drg balik2 salahkan laser, xprofessional langsung

Daddy Ziyad:
hehehe
saya beginner je bang
forward, props

cikceriacorner:
kalau camtu payah lah kan
patutnya dua2 ok

Alynnn Notnot:
yeh, juara !!

h4ni3:
hohoho
jadi husband layan bola kat umah je ke

gadisBunga:
baru sopan kan..
pemain ragbi ensem ke?
tye Daddy Ziyadlah.. kekeke
mungkin.. Fahrin Ahmad men ragbi kan
:p

faaein Himura:
Malaysia menang !!
yeh!!

Kazaztan Team:
yeh, huhuhu

fyziviruss said...

tapi klo niat iklas kte drg salah guna kn mcm ner...
ermm

alien said...

Tanggungjawab tu jatuh kepada merekalah..
let says, kita derma kat satu pertubuhan yg katanya utk org miskin. Tapi drg guna duit tu ke arah lain. Itu tanggungjawab merekalah, mereka akan menjawab esok.

Oleh itu, kalau ragu2 nak memberi kepada yg meminta masa kita lepak2 kedai kopi. Sebaiknya tak payah berilah. Takut niat kita lari. Keh2.