29 December, 2010

alien: dia menang, kita pun menang .. mudah kan

Sudah tercatat kisahnya malam ini.
Nama jaguh kampung memang sinonim dengan mereka.
Dia menang di kampung sendiri, kita pun menang di kampung sendiri.
Ternyata kita lebih 'Jaguh'. Mungkin kewujudan motosikal Jaguh sedikit sebanyak meningkatkan level jaguh dalam semangat perjuangan pemain - pemain kita barangkali.

Malaysia 3 - Indonesia 0 : Tempat Malaysia
Indonesia 2 - Malaysia 1 : Tempat Indonesia

Kesudahannya, Malaysia mengatasi Indonesia dengan aggregate 4-2.
Safee berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.
Manakala Firman berjaya menjadi pemain terbaik kejohanan.
Nampak di situ, kedua - dua pasukan mempunyai pemain terbaik masing - masing yang handal.
Kelebihan taktikal dan pandai mengambil ruang menjadi penentu dalam perlawanan akhir ini.
Banyak peluang yang di sia - sia kan oleh pasukan indonesia. 

Pada hemat aku, ada 5 peluang yang boleh menghasilkan jaringan tidak berjaya disempurnakan mereka.
Seperti kata kebanyakan orang, bola itu bulat. Dan seperti kata Dato' Hasbullah Awang, macam - macam boleh jadi dalam bola sepak. Jadi, itulah keputusan yang tercatat dan muktamad. Malaysia berjaya melakar nama menjadi antara pasukan juara dalam kejohanan Piala AFF.

Sudah menjadi adat. Adanya permulaan adanya pengakhiran.
Sama juga seperti dalam pertandingan, ada menang dan ada juga kalah.
Akhir kata, 


Syabas Malaysia.





8 comments:

redza said...

tahniah malaysia

slmt brcuti esok

fyziviruss said...

tahniah malaysia..
kami suka....
dapat cuti...
yeahhhhh sok cuti...

Anak Wak Mail said...

malaysia mmg hebat!

Faaein Himura said...

ya.. syabas malaysia..
yang kalah terimalah dengan hati yang terbuka.. =]

aspenladylovely said...

cuti cuti cuti............saya suka!!!

alien said...

redza:
terima kasih
selamt tahun baru!!

fyzivirus:
yeh, menang jugk
harapnya prestasi terus meningkat

Anak Wak Mail:
memang !!

FaaeinHimura:
yg menang pun kene usaha lagi
pasni banyak lagi halangan

aspenladylovely:
saya pun suka!!

Bijen M. said...

Bak kata Hasbullah Awang, "Hantaran PANJANG."
Firman dapat MVP untuk ambil hati saja.
Patut bagi Fahmi.

alien said...

Takpelah, kasi can dia dapat
terubat hati die sikit
hehehe