16 December, 2010

alien: seramnya, kalah hantu zombie weh

Pagi ini macam pagi - pagi yang selalu
Bangun pagi, mandi, gosok gigi, sembahyang, sarapan
Start motor pergi kerja
Tapi aku tak rempit, aku bawak slow and steady
Dalam istilah orang putih; Enjoy the ride-lah

Jejak kaki dalam opis
Macam selalulah, keluarkan laptop dari laci
Surf akhbar dalam internet dulu, tengok berita yg penting - penting
Buka Kosmo, Thesun, Harian Metro
Senang baca akhbar dalam internet ni, jimat pun jimat
Tak payah keluar duit beli dua tiga jenis akhbar, leceh woo

Tapi pagi tu aku bukak metro
Masya`Allah ..
Dia kasi up cerita pasal dua beradik buat seks, aksi panas di Hotel
Gileee !!
Rakaman tu tersebar melalui telefon bimbit
Umur keduanya yang dikatakan adik beradik dalam lingkungan belasan tahun
Kalaulah Metro up kisah Zombie makan kambing kat Kampung Pisang sebelah cerita seks tu, aku pasti Zombie tu mesti tak nampak ngeri dan ganas walau darah kambing meleleh jatuh dari mulutnya disertakan dengan renungan mata merah menyalah. Jatuh menjunam tahap kengerian dan keganasan Zombie tu.

Jadi dalam kes adik beradik buat seks tu siapa yang harus dipertanggungjawab?
Ibu Bapa? Kawan? Masyarakat? Media? Internet?
Harusnya kita bersama membanteras perkara ini
Katanya 1Malaysia, jadi perlu la bersatu membentuk generasi masa depan yang bermoral dan gemilang
Begitu kan ..
Jangan asyik nak menuding jari je
Potong karang jari tu ...


Altimet cakap:
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

(Petikan dari lagu "Kalau Berpacaran")

Sama-samalah kita berdoa mintak dijauhkan waris kita dari perkara tersebut
Amin ~



8 comments:

za petrelli said...

mintak dijauhkan kan?

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

h4ni3 said...

aduhhh
rosak anak2 zaman skrg
dunia akhir zaman... hmmmmm =(

fyziviruss said...

teruk2,
dunia nk akhir zaman

Daddy Ziyyad said...

berapa bintang ko bagi utk cerita Hantu Kak Limah tu?
Ada satu lagi cerita hantu kan, pasal toyol. Filem Janin. Filem kat Msia ni, kalau hantu, semua nak hantuuu...

Anisa Hang Tuah said...

husii gila la buat seks2 mcm tuu

huu

mintak dijauhkan

alien said...

za petrelli:
tapi time tu nafsu dah kuasai akal
nafsu kuat, akal lemah
total lost lah akal

mintak dijauhkan...

h4ni3:
berdoa lah
mana yg mampu kita cegah

fyzivirus:
erm, betul tu

Daddy Ziyad:
aku kasi 4 bintang kat Kak Limah jatuh tergolek.. keh2

Anisa Hang Tuah:
huish kan..
mintak jauh

Mak Su said...

nauzubillah...... iman semakin menipis, tak kenal halal haram

alien said...

Mak Su:
Ujian akhir zaman berat