06 December, 2010

alien: Sirap Kahwin

SIRAP, sinonim kelihatan pada sesebuah majlis kenduri kendara.
Keindahan terbayang melihat berjug-jug air sirap mahupun oren tersusun di atas meja sebelum dihidang kepada para tamu yang hadir. Jarang kelihatan kenduri kendara menghidangkan berjug-jug air anggur, air limau mahupun air barli.



Dan permintaan untuk kedua - dua perasa ini dijangka meningkat secara mendadak pada bulan December ini. Acapkali tiba hujung tahun, permintaan kedua perisa ini akan meningkat selaras dengan kehadiran musim cuti sekolah. Situasi ini berlaku, berikutan dengan majlis perkahwinan mahupun majlis berkhatan yang dibuat di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, permintaan untuk perisa lain masih dalam kadar yang sama dan tiada peningkatan permintaan yang luar biasa.

Kadar penggunaan gula meningkat walaupun kerajaan telah menaikkan harga barang tersebut baru - baru ini. Ia tidak dapat dielakkan kerana ianya satu keperluan untuk penyediaan minuman atau memasak dalam sebuah majlis yang besar.

Fenomena ini membawa kegembiraan kepada Pak Tam atau Mak Limah selaku pemilik kedai runcit di kampung - kampung kerana peningkatan hasil jualan secara mendadak. Jualan beras, garam, tepung, kelapa dan beberapa lagi barang runcit meningkat secara mendadak apabila tibanya hujung tahun. Dapatlah mereka menambah tabungan untuk menunaikan haji.

Selain itu, tokey ayam dan daging pula sedikit tersenyum riang dan tidak menang tangan memenuhi permintaan pasaran yang meningkat pada tiap kali tiba akhir tahun, selain dari musim - musim perayaan.




11 comments:

kak Erna said...

alien..akak setuju sangta..kadar penggunaan gula memang tinggi..sebab sirap ni..semata2 gula..dan perwarna sahaja.

mimizuzuhaha said...

sirap sedap...ah nak minum sirap skang. skang jgk

Daddy Ziyyad said...

kazen aku kawin sabtu lepas, takdenya air sirap. air lemon tauu..aku kawen dulu pun, tak pakai air sirap.

hasrul hassan said...

Salam .. dah bukan takat gula naik .. dah gas pun naik .. nak masak pun jadi fikir2 lagi ... minyak pun naik .. nak g kenduri pun fikir2 lagi ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

frwls said...

meninkat lagi laaaa wang hantarannnn

mirachantek said...

hah ye la tu. kalau kenduri kahwin je mesti air sirap.... tak penah nampak kopi o

alien said...

Kak Erna:
betul tu, mana2 air manis time kenduri pun perlu kepada gula kan
nak memasak pun perlu gula

mimizuzuhaha:
sirap perisa ros best wooo
bau2 ros

Daddy Ziyad:
wah, best2
hehehe
lain dari yg lain

hasrul hassan:
fikir - fikir
kene jimat cermat skang ni

frwls:
hehehe
kahwin cepat2 la camtu

mirachantek:
sirap kan kira cam streotype utk kenduri kendara
:D

h4ni3 said...

ada tak orang buat kenduri kawen, hidang air kosong semata2? padahal itu lebih menyihatkan kannn

alien said...

hehehe
kang org mengata
paham2 je la org kita ni

Semarak Api said...

sy pg knduri BFF siap ade air cendol lg.nyum3!

alien said...

seronok lah minum cendol free
hehehe