09 February, 2011

alien: hidup si rama .. rama - rama

Apa yang nak jadi esok ?
Apa yang jadi beberapa saat kemudian ?
Kenapa hari yang berlalu berlaku demikian ?
Kenapa terjadinya peristiwa begitu ?

Kenapa aku bukan dia ?

Dan macam - macam lagi persoalan timbul dalam akal waras tentang hidup
Dan persoalan itu mungkin ada yang terjawab atau terbiar hilang begitu saja
Macam kejadian alam ini sendiri, penuh dengan misteri
Akal manusia belum tentu dapat merungkai segala misteri dan persoalan itu
Kerana kemampuan ilmu kita terbatas
Walau bagaimana handal kita berusaha tidak akan terdaya mengetahuinya
Memang RAHSIA dan MISTERI

"Ada hikmah pada segala kejadian .."
Begitukan selalu orang tuturkan

Hikmah yang bagaimana ?
Kita sendiri tidak tahu
Bila kita dikurniakan hikmah itu pun kita tidak tahu
Kerana ia sememangnya misteri dan rahsia

Begitukan ..



Baru indah hidup ini
Hohoho 



".. sedangkan ulat beluncas pun tidak dapat meneka samada dia ditakdirkan untuk menjadi Rama-Rama .. "

 Gambar dipinjam dari Google.
















 

Iskh ~
Tadi, dari sebelah surau aku nampak Aidil ... ke ... Zakuan ?





11 comments:

fyziviruss said...

setuju...


wou best yer jumpa drg....
minta autograf x

alien said...

nampak aje.. tak jumpe pun
sbb dia masuk dalam kereta baru lepas makan ngn sapa tah

redza said...

hanya Allah yg maha mengetahui

NOOR FATIN said...

ada hikmah yang dah allah tentukan..

aidil ke zaquan? sy pon keliru dua2 tu! hehe

gadisBunga said...

tapi kalau tanya yg mana rita rudaini yg mana ayu raudhah, kite boleh la jawab. heheh~

mirachantek said...

payah juga bila kembar nih

ateekaamer said...

bukan hari ni jadi esok Tuhan tunjuk hikmah. ada kadang2 sampai bertahun2. yakinlah setiap yang terjadi tuh tak sia2.

sharamli said...

ulat beluncas?
geli!

Cikbelog said...

aidil kot. zaquan tak selesai majlis kawen lagik.hekhekk

Shukri Mohd Ali said...

itu beluncas, kita manusia...kena ada perancangan (walau Allah itu sebaik-baik perancang).

beribadahlah seperti esok tiada lagi. lalalala~

alien said...

redza:
setuju tu,
hanya DIA yang Maha Tahu

Noor Fatin:
ada hikmah disebalik semuanya kan
entahlah, mungkin aidil kot.. rase2nya lah

gadisBunga:
yg tu org cakap
"sekilas ikan di air dah tahu mana jantan mana betina"
lalalala

mirachantek:
em, nak2 pula pakai baju sama kaler

ateekaamer:
perlu yakin dan sabar
betul kan

sharamli:
ala, sok2 dia jadi rama2 dah tak geli

Cikbelog:
hek hek hek
agaknya lah, masih bercuti lagi

Shukri:
Insya`Allah..
Bekerja seperti akan hidup seribu tahun lagi..