10 March, 2011

alien: jaga bila berbahasa



Blog aku, blog aku. Blog kau, blog kau.
FB aku bukan FB kau.
Twitter akaun aku bukan akaun kau.
"Ah, Lantak lah !! Peduli la aku nak cakap apa!!"

Mesti korang pernah alami situasi di atas.
Kalau tak alami pun, mesti pernah terlihat di mana-mana situasi berkenaan.
Bahasa itu jiwa bangsa.

Agama kita menganjurkan kita untuk bercakap yang baik - baik, kerana percakapan itu merupakan satu doa. Cakap yang buruk - buruk hanya akan mengundang dosa, tambahan pula ianya juga tidak berfaedah. Tapi, masih ramai yang selamba menaip perkataan "tuuutt" atau menuturkannya dalam bicara seharian. Walhal ia bukanlah budaya bangsa kita malahan agama pun menegahnya. 

Ayuh berubahlah !!

Berikan contoh yang baik kepada adik - adik dan rakan - rakan yang lain.
Ingatlah, kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita ucapkan atau tulis. 


- sekadar peringatan kepada diri dan juga rakan taulan, tiada unsur atau niat untuk menujukan kepada sesiapa. Jangan serius sangat.. Ye tak !!


p/s: gambar original adalah dari www.manarama.deviantart.com


9 comments:

frwls said...

eh sukati aku aaaaaa!


*bukan aku kata

bujal X said...

saya da lama tak mencarut~

tapi tadi saya ada tulis babi.hoih~

sharamli said...

@#$%^&^&**#$#

keh keh keh

Ati Masrif said...

selalu cakap

berlawanan maksud

kalau dah nak marahhhhh sgt tu..hihi

sodap n podas sikit dongar ^__~

gadisBunga said...

gua terasa nak mencarut dowwwww...

'bukan ayat saya. hihi'~

Anak Wak Mail said...

sudak tukar ke atas tu??
senyum saje..=)

Anak Wak Mail said...
This comment has been removed by the author.
h4ni3 said...

ye betullll..

boleh luahkan ape saje

tapi gaya bahasa.. biarlah berpada-pada.. sebab gaya bahasa menggambarkan peribadi si tuan empunya :)

alien said...

frwls:
eh, ko taip lah
kan kan

bujal X:
hoih.
Tersedak2 binatang tu ko sebut nama dia

sharamli:
keh keh keh

Ati Masrif:
hehehe
tapi nada mesti nampak mcm marah kan

gadisBunga:
hihihi
jgn ditiru Bujal X tu

Anak Wak Mail:
yeee
senyum saje~

h4ni3:
saya setuju !!
setuju sangat !!