18 March, 2011

alien: jumaat yang penuh hikmah

Dia berjalan membawa beg plastik yang berwarna putih.Langkahnya dimatikan di sebelah tempat yang terletaknya bekas tabung masjid. Dia duduk. Tidak bersila. Tetapi melipatkan kaki seperti duduk di antara dua sujud. Dia meletakkan beg plastik putih yang di bawanya di sisi tabung masjid.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Dia duduk. Dia membuka ikatan beg plastik putih itu. Dengan perlahan dan cermat dia memasukkan duit syiling yang berada di dalam beg plastik putih di sisinya itu ke dalam bekas derma. Tekun. Dia tidak mempedulikan suasana sekeliling mahupun kelibat orang lain yang lalu disebelahnya untuk menuju ke tempat mengambil wudhu'.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Aku berada di situ, ketika mahu menempatkan selipar berwarna merah yang aku pakai di rak kasut besi yang disediakan di masjid itu. Aku terhenti seketika dan melihatnya. "Alhamdulillah .."
Seketika kemudian, aku melintasinya pula.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Dentingan syiling masih berbunyi. Mungkinkah sebahagian duit tabungan belanja sekolahnya di derma ke tabung masjid. "Alangkah mulia hati budinya.." Detik hati aku semasa melintas di sebelahnya tadi.

 
Malam ini,
Perilakunya masih terbayang di pandangan mataku.
Bunyi dentingan syiling berlaga di dalam tabung juga kedengaran jelas.

Dia yang dalam lingkungan umur pelajar sekolah rendah kelihatan berlainan dari anak - anak kecil yang lain yang sebaya dengannya. Moga tingkah lakunya menjadi contoh kepada sesiapa yang terlihat pada tika itu.



10 comments:

cikceriacorner said...

alhamdulila..

mulianye ati adik tu..mewakafkan hartanye ke jln Allah..

moga adik tu sejahtera dan sihat selalu..

saya pon terbayang2 adik itu..walopun xmelihatnye..tp membayangkannye dr penulisan ni..

h4ni3 said...

alhamdulillah..
satu perbuatan yg patut di contohi


psst... orang yg tulis cerita ni pun, kena ikut jejak langkah adik tu jugak tau! ;)

Shukri Mohd Ali said...

lalalalala~

gedek! said...

Pakcik pon letak duit syiling...

Nanti bunyi "Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

supaya orang tengok....

boleh?

kakcik said...

Alhamdulillah. Anak siapakah agaknya dia. Semoga Allah merahmati dirinya dan keluarganya. Amin.

zaradgreat said...

sejuk hati mak bapak dia

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
adek tu bagus
nak buat macam gedek jugak

ieda said...

berbahagialah ibu bapa yg mendidiknya...

Semarak Api said...

haha.kiut plak bunyi syiling tu jtuh..

gtula ank2 kalo dah dididik dr kecik..alhmdulilah..

*eh..ur resume sy da bg da.lmbt plak bgtau ni.hehe

alien said...

cikceriacorner:
alhamdulillah..

h4ni3:
ngeh2.. ikut..
sedekah ikut keikhlasan..

Shukri:
ngeh3

gedek!:
tak boleh
sedekah ni kalau boleh biar tangan kanan je tau, tangan kiri tak tau..
hehehe

kakcik:
Insya`Allah

zaradgreat:
em, baik kan anak tu

brutalsolo:
tak boleh beb !!
nnti riak..
kah3

ieda:
yes, betul tu..

Semarak Api:
erk, bunyi2an plak..
*tq, sebb submitkan