18 March, 2011

alien: khabar dari sana

Dan pagi itu, sepintas lalu aku terasa berada di dimensi yang lalu.

Gerak gayanya. Bahasa badannya. Susuk tubuhnya. Warna kulitnya.
Saling tak tumpah. Walau tidak sepenuhnya serupa, namun ada ciri - ciri boleh ditemui padanya. Jika dilihat dari pandangan sisi, hampir sama. 

Masa berlalu dengan perlahan. Sambil rentetan pengalaman lalu menjengah dan membentuk satu kisah ringkas di dalam kotak fikiran aku.
"Itu kisah lalu .." aku berbisik ke dalam diri. Dan kisah yang sedang bermain di kotak fikirku lantas malap dan malap. Perasaan tadi yang berada di dimensi lalu juga kabur dan menghilang pergi.

Gelas yang berisi Teh O suam aku angkat dengan tangan kanan. Aku menyuakan ke bibir, sedikit demi sedikit aku hirup. Terasa segar dan lapang.

Pandangan mata aku masih ke arah dia.
Kebetulan dia duduk di lingkungan pandangan aku bersama beberapa orang yang mungkin adalah kenalan sekerjanya.

Ku hirup teh o suam yang berada di tangan kananku.
Berfikir sejenak jadual pekerjaan hari ini. Mengingat beberapa urusan yang penting yang perlu diselesaikan sebelum datangnya malam.

Ku hirup lagi teh o suam yang berada di tangan kananku.
Beberapa potongan daun teh kelihatan di dasar gelas. Berwarna coklat kehitaman.
Teh o suam itu tidak terlalu manis dan tidak terlalu pekat rasa tehnya. Cukup dan serasi dengan citarasa lidah aku pagi itu.

Gelas yang kosong itu kemudiannya aku satukan bersama pinggan yang berwarna coklat cair di atas meja untuk memudahkan pelayan kedai makan mengemas dan mengangkatnya. Aku capai tisu. Mengemaskan mulut dan menekap beberapa titisan air yang tertumpah di atas meja.

Aku berdiri dan berjalan melintasi tempat dia dan orang yang mungkin adalah kenalan sekerjanya duduk.

Memang benar apa selalu yang dikatakan, kisah lalu selalu saja membuat kita tersenyum sendiri. Ia boleh membuat kita ketawa atau kadangkala menangis apabila kenangan itu menerjah tiba. Pagi itu perasaan aku senyum.

Ternyatalah,
Pagi itu ada kelainannya.



12 comments:

Kaseh said...

Teh O suam tu macam sedap je bunyi dia.. lalala.. :P

Daddy Ziyyad said...

ni introduction novel kau ker?..ekekeke..

teh o suam + mint / limau..mesti mantappp

Kazaztan Team said...

ehemm...teringat2 tu perkara biasa...

h4ni3 said...

nampak someone yg mirip kekasih lamakah?

:D

sharamli said...

ehem!

bujal X said...

hoih~~cerpen ka cerkon?

alien said...

Kaseh:
sedap oooo~

Daddy Ziyyad:
erk.. novel kah?

Kazaztan Team:
sekali sekala, ya tak

h4ni3:
xde ah, kawan lama je
kawan.. ye~

sharamli:
ehem!!

bujal X:
cerkon tu ape?

Ati Masrif said...

dia tak perasan ke...
bila lalu tu..

ke ada sambungan nanti :)

JIJI YU said...

muehhe..terpana ke tak weyy..

alien said...

Ati Masrif:
dia tak perasan pun.. lagipun saya pun tak kenal dia.. hehehe

JIJI YU:
terkedu kejap
tapi lepas tu ok

BonekadalamChermin said...

org yg tiada kenangan
sebenarnya tidak pernah hidup










:)

alien said...

nice~
hehehe