21 March, 2011

alien: "manners" perlu ada di mana - mana

Aku memandu perlahan di jalan dua hala yang sempit itu di belakang sebuah kereta berwarna putih.

Sesekali berselisih satu atau dua kereta dari arah bertentangan.
Tiada kenderaan mengekori aku di belakang.
Kami bergerak dengan kelajuan perlahan atau sederhana.
Sampai di satu tempat, kereta putih di hadapan berhenti. Di sebelah kiri menunjukkan jalan masuk ke parking kenderaan. Pemandu kereta putih itu memberhentikan kereta putihnya betul - betul sebelum jalan masuk ke parking itu.

Beberapa saat kemudian, pintu di sebelah pemandu kereta putih di hadapan aku di buka. Tanpa memberi signal mahupun melambai tangan isyarat berhenti seketika kepada kami yang berada di dalam kereta di belakangnya, lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin keluar dari keretanya dan berjalan ke sebelah bahu jalan dan menemui seorang. Keretanya menghalang jalan dan akan menyukarkan kenderaan lain yang datang dari belakang.

Aku memerhati, menduga perilakunya seterusnya. Aku melihat mereka bersalaman dan memulakan perbualan. Telahanku dia seperti ingin bertanya arah. Tapi tidak, seperti perbualan mereka akan berlanjutan. Seperti seorang kawan yang berjumpa seorang kawan yang lain.

Tindakannya yang berhenti di jalan yang sempit itu tanpa memberikan sebarang isyarat membuatkan kami sedikit tidak puas hati. Perbuatannya hanya menyusahkan pengguna jalan yang lain dan sikap itu hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Aku boleh tahan. Sabar. Cool.
Aku memandang ke kanan, tiada kenderaan dari hadapan.
Aku sedia untuk memintas kereta putih di hadapan aku itu.

Zeeeeeennnttt. Butang motor cermin di sisi pintu ditekan dan cermin pun turun dengan perlahan-lahan.
"Bang, parking kereta kat dalam lah .. baru berborak !!" teriak kawan aku sambil mengangkat tangan kirinya kepada lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin.

Aku memberi signal ke kanan dan memintas kereta putih yang berada di depan aku. Kawan aku yang berada di tempat duduk sebelah pemandu - aku - dan seorang lagi yang duduk di belakang merungut dan menyumpah kereta putih tadi dan tingkah laku lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin tadi. Aku hanya diam dan menumpukan kepada pemanduan. Tidak mahu mencurah minyak ke dalam api. Begitulah niat aku.

"Bodoh brader tadi, selambe je keluar kereta.. dah la tak angkat tangan ke, bagi signal ke.. terus berborak dengan kawan dia kat tepi jalan..." kawan aku yang duduk di sebelah aku meluahkan rasa tidak puas hati dengan kejadian tadi.

"Tu la, kurang - kurang angkat lah tangan.." aku respond kepada luahannya. 

"Masalahnya jalan tadi tu dah la sempit, dua hala pulak.. memang tak boleh blahh !!" sambung kawan aku yang duduk di belakang. "Menyusahkan orang lain !!"

"Kalau bapak aku ada tadi.. lagi teruk kena sound brader tu" tambah kawan aku yang di belakang.

Suasana petang yang indah itu bertukar sedikit panas akibat perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin itu.

Apapun, aksi Lat malam itu menceriakan suasana kembali.
Yeh !!!






16 comments:

Kaseh said...

ala alien..mmg ramai driver macam tuh..bikin panas je selalu.. macam pagi tadi..kat hiway lekas tu selalu berkabus tau.. apala salahnya dorang bukak lampu bg org belakang aware yg ada keta kat dpn..dahla keta gelap..sudahnya kita almost nak langgor sbb tak perasan..bodo betol...kedekut noo nak bukak lampu..

Kazaztan Team said...

oooo saya tau lelaki berbaju melayu tanpa sampin tu adalah org MELAYU...malu...

.:rizaL:. said...

Rizal pling benci bila org xda manner waktu beratur. nak cpt je keje..

Pastu pekerja KFC ke McD ke yg xda manner..lyn pelanggn muka mcm cannibals. Sengal nk mampus. Pernah tgk foreigner mrh seorg pekerja KFC di Sogo

citahrudin said...

campak bom je

Daddy Ziyyad said...

macam biasalah, orang malaysia bila pegang stereng, perangai jadi hancur. Tak kiralah yg berkopiah ke, yang muda ke..

Eh..best bagai dikata tak teater Lat tu?

cikceriacorner said...

hehehhe..

sikap org malaysia mcm tu..

walopun xsemua..ada gak yg segelintir..:)

gadisBunga said...

dah tgk lat?? omigod jelesnye!!!!!

h4ni3 said...

belanja tengok lat!!! :D

Ju Asu Ra said...

budaya mesia mmg mcm tuh..huh!

gedek! said...

Lat memang bes!

Tapi pakcik tak sempat nengok play nya...

takde duit!

Amirul (aremierulez) said...

Biasalah tu. Tu belum kira yang jenis keluar bagi signal.

Lat the musical best kah?

Shukri Mohd Ali said...

tetttttt!!! (tekan hon)

Anak Wak Mail said...

ada jugak orang camtu ek..

wah,,tengok lat..besr x??cecite2..

alien said...

Kaseh:
tu lah kan
nak bukak lampu pun kedekut
nak kasi signal lagi la kedekut
tak paham langsung

Kazaztan Team:
yep, di mana adab sebagai pengguna jalan raya.. di mana~

rizal:
betul tu
perlu hormati jugak org lain

citahruddin:
tu lah, bom lupe nak bawak

Daddy Ziyyad:
Best bagai dikata~
Line2 hantu kak limah, pelukis Lat tu ngn mamat kalid tu kan adik beradik..
hehehe

cikcericorner:
org malaysia ni, sokmo samseng bila bawak kete
payah

gadisBunga:
udah!!
1 april ni repeat lagi.. dengn kwn lain plak

h4ni3:
haaa?
tak dengar
lalalala

Ju Asu Ra:
budaya tu lah yg perlu kita ubah!
yeh, ubah

gedek!:
huhuhu~
takpe pakcik, menabung sikit2 tahun depan bole tgk

Amirul:
best..
lawak+sedih+gembira semua ada dalam tu

Shukri:
*angkat tangan lambai

Anak Wak Mail:
org camtu ada dimana2..
"ce cite 2x" tu pun digunapakai dalam Lat.. kekeke

salemaziz said...

cool je die..cewah..:DD

alien said...

cewah~
biase la