23 May, 2011

alien: aku, kopi dan . . . . .

Aku minum kopi lagi pada pagi itu. Kopi kosong tanpa susu dengan sedikit gula sudah cukup untuk pagi itu. Tiada roti bakar, telur separuh masak atau mee goreng seperti selalu. Hanya secawan kopi kosong dengan  sedikit gula berada di atas meja di hadapan aku.

Aku melihat jalan. Memerhati mereka yang berada di atasnya dari meja tempat aku duduk. Masing-masing bergegas tergesa-gesa mengejar masa. Wajah mereka serius. Pagi selalunya sibuk. Trafik yang sibuk amat dibenci mereka. Realitinya, mereka tidak dapat lari dari kebencian itu pada setiap pagi. Benci itu terpaksa mereka telan menjadi santapan pagi.

Aku menghirup kopi kosong dengan perlahan. Menikmati aroma yang naik memjadikan aku segar bugar. Tenang untuk sementara.

Aku nampak kau di sana. Tapi kau tidak lihat aku di sini. Aku cuba melambai tangan untuk menarik perhatian kau di sana dengan harapan kau dapat lihat aku melambai ketika pandangan kau terarah kepadaku. Beberapa aku cuba melambai. Tapi kau tidak endah atau kau tidak lihat. Aku tidak tahu. Aku akur bahawa kau tidak dapat melihat aku yang berada di sini.

Aku kemudian terus menghirup kopi kosong di depan aku sambil mengharap hilang gundah di hati. Tiba, tiba aku lihat kau berhenti berjalan. Aku nampak kau mencari sesuatu di tas tangan yang kau sandang. Mungkin kau mahu mengambil tisu atau mengambil telefon bimbit. Aku tidak tahu. Aku hanya memandang dari tempat duduk aku.

Aku cuba memaksa bola mataku lari ke arah lain. Tiap kali aku cuba, perasaan aku turun naik dan jiwa aku meronta-ronta. Aku tenang semula bila bola mataku terarah semula menjejak kau yang berdiri di situ.

Tiba-tiba kau melangkah laju, degupan jantung aku turut lagu menurut rentak langkah kakimu. Dup dap. Dup dap. Dup dap. Aku jadi gelisah.

Skreet !!
Dammm !!
Aku tergamam. Terpaku.
Darah pekat merah mengalir dan membasahi baju putih hitam yang kau pakai pagi itu. Kau terbaring kaku di situ. Tidak bergerak. Nyaris degupan jantung aku terhenti saat itu melihat kau di situ.

Aku jadi panik melihatmu. Aku jadi marah melihat mereka yang lalu di situ tidak mempedulikanmu. Seperti tiada apa berlaku, tidak kisah kau yang tergeletak tidak bergerak di situ. Ah, manusia. Aku rajuk hati dengan sikap dan tingkah laku meraka. Aku bingkas bangun untuk mendapatkanmu.

Encik ?
Aku berpaling.
Ada apa boleh saya bantu?
Aku menggeleng dan duduk semula.

Ah, aku berhalusinasi lagi.
Em, mungkin aku perlu kurangkan minum kopi kosong pada setiap pagi.
Maaf.


9 comments:

redza said...

hoh teruk dah..ko patut minum milo pulak

gedek! said...

Kafen adalah 'kick start' !

Kazaztan Team said...

kok kucing yg kena tp yg nmpk ye org yg bertas tangan...haru...

bujal X said...

kamu minum kopi ke minum sesuatu yang mengkhayalkan ni?he~~

Ateeka Amer said...

apsal sume orang pun mengigau ni?

Anak Wak Mail said...

erkk..dahsyat..halusinasimu ini..=)

mirachantek said...

ko minum air suam je la. sihat sikit

- GC - said...

bukan minum kopi itu bagus untuk menjana minda?

alien said...

GC:
sepatutnya, tapi kadang2 bole membawa ke alam khayal kerana aroma dan kenikmatannya..ehehe

mirachantek:
yeh, tht rite

Anak Wak Mail:
heh..
perempuan dalam halusinasi tu dah mati

Ateeka Amer:
eh, ye ke?
ntahla

bujal X:
jgn pikir bukan2 abang bujal
hahaha

Kazaztan Team:
haru~
kebelakangan ni kan banyak binatang mati atas jalan

gedek!:
yep
setuju

redza:
em. milo!