06 May, 2011

alien: aku yang serba salah

Telefon berbunyi.

Klak!
Gagang di angkat.

Hello.. haa, ok..
Extension you ape?
Seorang rakan opis bertanya. Berbangsa India. Masih muda.
Usianya dalam lingkungan 20an. Seorang gadis dengan rambut yang sedikit panjang diikat kemas.

106.. 
Aku balas pendek.

Sivaji ! (Bukan nama sebenar)
Dia memberitahu.
Ah. Aku mengangguk perlahan.

Talian dipindahkan dan telefon di sebelah kiri aku berdering.
Aku mengangkat perlahan. Malas.

Hello..

Telefon balik .. telefon balik ..
Suaranya yang agak sedikit kuat memaksa aku menjauhkan gagang dari telinga.

Patah kata dan butir yang sama.
Tiap kali, apa yg ingin dikatanya sama.
Tiap kali aku menjawab panggilannya.
Tiap kali itulah patah dan butir yang sama aku dengari.
Menyuruh aku menelefonnya semula. Tiada lain.
Jadi, tiada salahnya kalau tidak fokus.
Patah kata yang sama.
Butir yang sama.
Demi tugas, aku akur.

Ok.. ok..

Klak.
Aku meletakkan gagang.

Aku mencapai telefon bimbit yang terletak di antara laptop dan rak besi yang berada di sebelah kanan. Mencari nombor di kalangan nombor-nombor yang ada. Lambat - lambat mendail nombor yang tertera di skrin telefon bimbit menggunakan telefon opis. Apalah punya kedekut. Cakap beberapa minit pakai telefon bimbit bukan mahal mana. Kurang - kurang hantar lah sms, acceptable kan.

Tuut.. tuuut.. tuutt.. 
Nada berbunyi. Menunggu talian untuk disambung.

Haaa.. Hello.. Hello..
Sekali lagi, aku menjauhkan sedikit gagang dari telinga.
Tapi kali ini aku fokus.
Ya.
Demi tugas.




11 comments:

gedek! said...

sabo je la...

redza said...

demi tugas ahahaa

bujal X said...

oi~apa extensyen kamu? lupa ah~~

haha~~

*marah jangan ok?

- GC - said...

eh, sy suka cakap slow, tapi jelas. sy tak suka org cakap slow sampai tak dengar apa2. haha

alien said...

gedek!:
a'ah..
tu je yg saya mampu..

redza:
gelak plak ko ye
cis

bujal X:
tak marah
suke~

GC:
betul tu..
cakap kuat2 terasa annoying
hadei

h4ni3 said...

opis tak tolong bayo bil tepon dia
sebab tu dia berkira :D

hans said...

sabar jer la
itu je la yang boleh dan patut buat pun dalam situasi tu

jeBateja said...

samo lah...den kek kilang mcm tu gak....ahakz...BAPAK berkiranya.....ahakz

gadisBunga said...

susah pakai ekstensyen2 ni. ai direct je!

Faaein Talip Roy said...

tugas penting.. terpaksalah kan... hehehe..

fa-in said...

fuyoo anas rajin bekerja,tepon kat rumah kne rajin angkat juge maa