29 June, 2011

alien: jangan pernah sakiti masa

Masa itu selalunya pantas
Pantas menjerut leher kita
Pantas mencantas dan memenggal tanpa belas
Pantas sampai tidak kenal penat
Pantas dan pantas dan pantas
Sampai kita terasa lelah sendiri
Tiada daya bersaing dan mengejar waktu itu

Iya kah?

Atau kita sendiri yang biar masa itu berlalu
Berjalan sendiri tanpa kita peduli
Tidak sedar tika ia berada dengan kita

Bukan kah begitu?
Selalunya
Selalunya
Itulah yang berlaku

Yang kemudiannya kita kata masa itu kejam
Masa itu cemburu dengan kita
Masa itu tiada perasaan belas
Masa itu
Masa itu
Macam - macam kita tuduh masa
Sedangkan masa itu bersih
Ianya suci
Tiada pernah kelihatan ada cacat celanya
Kita yang alpa dan lupa
Tidak menghargainya waktu keberadaannya bersama kita

Sudahlah !!
Hentikan menyalahkan masa
Hentikan tuduhan liar padanya
Biarkan masa itu melaksanakan tugasnya

Biarkan
Biarkan






7 comments:

redza said...

masa utk kita menyahut panggilan Ilahi juga dh semakin dekat

gadisBunga said...

fitrah lah masa berlalu...

gedek! said...

demi masa, manusia sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang tahu....

fa-in said...

org kesuntukan masa ni,esok exam!

Anak Wak Mail said...

masa yang Allah bagi tu dah cukup..kita yang kena menghargainya..=)

Arpiiz said...

kalau lalai, memang lah akan kehilangan masa..

alien said...

redza:
betul tu bro

gadisBunga:
em.. yap

gedek!:
setuju ngn pakcik!

fa-in:
eleh, ko main je kok
ni tuju kat ko la ni rasanya

Anak Wak Mail:
kene pandai urus
haaaaa

arpiiz:
penyelesaiannya ialah jangan lalai kan