08 June, 2011

alien: YB itu Yang Berkerja atau Yang Bersara.. Yang Bercakap pun boleh.. Yang Berkhidmat ok juga kan.. Yang Berbudi, Yang Berbakti.. Banyak YB-YB kat Malaysia ni, korang pun YB. Yang Baca. Heh

Bulan lepas aku ada jawab satu panggilan ni..
Bukanlah panggilan hangit..
Salah panggilan pun bukan
Ini cerita betul, orang putih cakap 'based on true story..' gitulah

Panggilan itu untuk bos aku
Pemanggil tu menjual ruang iklan dalam majalah dia yang bakal diterbitkan.. Majalah Tenaga Hijau katanya..
Tapi bos aku ni jenis malas nak cakap dia tak nak, jadinya dia suruh la aku jawab.. kasi je alasan apa-apa..
Em

Jadi bila pemanggil tu telefon, aku lah yang menangkis atau nama lain dia beri alasan kepadanya secara halus tanpa pemanggil tu tahu bos aku tak nak beli ruang iklan tu

Ada sekali tu dia telefon, dia cakap due date dah dekat
Dia tanya kat aku samada bos aku berminat tak
Sedang aku mempraktikan ilmu tangkis menangkis
Tiba-tiba terpacul dari mulut dia patah perkataan yang membuat aku gelak besar
Dah dia cakap, gaya aku bercakap macam wakil rakyat..
Mana taknya aku gelak besar, aku tau dia berseloroh saje.. atau nak ambik hati..
Heh

Bila aku fikir balik
Aku sendiri pun tak tahu part mana yang aku cakap dengan dia dalam telefon gaya-gaya wakil rakyat..
Mana lah datang idea merapu dia tu
Handal !!




19 comments:

Daddy Ziyyad said...

Ramai politician di Malaysia ni YB--Yang Bodoh.

Kalau gue, gue cakap direct aja, "Takmau!"

~haha

fa-in said...

keh2 perahsan ko nas.
YB tu yah baik boleh jgk~

Amirul (aremierulez) said...

Dengar cerita pilihan raya akhir tahun ni.

kau dah boleh bertanding dah.

hehehe..

alien said...

Daddy Ziyyad:
tulah, cadang nak cakap camtu
dah usul kat bos.. dia tak kasi cakap
ntah hape2 tah

fa-in:
eleh
yah jeles

amirul:
bak mai modal utk bertanding
hahaha

bujal X said...

cakap je la taknak~~kan senang?haha~~

alien said...

hahaha

gadisBunga said...

aku tak daftar lagi~

sharamli said...

hai wakil rakyat. *kerut dahi*

Firol said...

YB planet Jupiter

Sang Harima said...

Pergi la daftar mengundi nu GadisBunga..

frwls said...

taktik bijakkkk

woot woot said...

yang beromen ? lol..joke

- GC - said...

GC- yang bijak! hahaha

alien said...

gadisBunga:
hui!
pegi daftarlah

sharamli:
em.. em?

Firol:
Planet Pluto lah best

Sang Harima:
kamu dah daftar belum oi

frwls:
hahaha
tapi gua berjaya tangkis taktik dia

woot woot:
hahaha
kamu ni, jgn macam2

GC:
eh eh eh

Anak Wak Mail said...

yang berumur??hehe

kalau tak mahu,,katakan tak nak..tidak aku,,ternanti2..hihi..=)

YOUsoF said...

YB : Tu jenis ayat bodekan versi handal la Nas.. ;D

Kalua ak pun macam berat nak kata taknak walhal aku memang taknak pun. Sebab kesian kot.

alien said...

anak wak mail:
eh, dah nyanyi plak dia

YOUsof:
betul tu
tergelak besau aku time tu

Azira Mohamad said...

Sy rasa..dia nk sedapkan hati dia kot sbb u awal2 dh dah tangkis menangkis permintaan dia wakakaka :P

alien said...

pulak...
hahaha