18 July, 2011

alien: blues si kasut

Hampir setahun kasut tu terbiar di situ. Berhabuk. Bersawang. Nampak masih elok. Kali terakhir ia berkhidmat, ia lakukan dengan cemerlang walau dia basah kuyup dibasahi hujan.

Tapak tepinya sedikit terkopak telah digam. Ya, badan kasut dan tapak disatukan dengan gam dan bukan jahitan oleh pembuat kasut; kilang kasut.

Setelah digam, sejak itulah ia terbiar sendiri di sudut itu. Berhabuk. Bersawang.

Beberapa hari lepas khidmatnya diperlukan. Harap khidmat cemerlangnya berterusan. Tapi seperti orang yang bercinta kecewa biasa akan cakap, "Ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.."

Kasut itu telah gagal.
Mungkin perasaan rajuk dipinggir hampir setahun menjadikannya lemah dan tak berdaya; tapaknya mereput dan tanggal, ketika sedang berkhidmat.

Rest in peace.





14 comments:

Anak Wak Mail said...

beli kasut baru je!haha..

p/s: kasut pon pandai merajuk,,kalau dia tahu kita beli kasut baru..:P

alien said...

mmg kene beli la
kasut tu dah R.I.P
kui3

nasyrun nasyrun said...

aku rasa tu kasut joging. kasut joging adalah mangsa domestik yg plg byk terabai haha

alien said...

hahaha
teeeet!
anda salah, tu kasut safety boot yg tak branded.

nasyrun nasyrun said...

cis agakan aku tak tepat rupanya haha.

Daddy Ziyyad said...

teringat aku karangan zaman sekolah rendah dulu "saya sepasang kasut"

~hahaha

alien said...

nasyrun nasyrun:
cuba lagi ye lain kali
muahaha

Daddy Ziyyad:
ha`ah
ni diolah semula
ahha~

fa-in said...

ele..smlm tak nak beli kah2

Kazaztan Team said...

kahsian...kesian kasut tu... berkhidmat hingga ke titisan terakhir...

gadisBunga said...

dah expired le tu...

gedek! said...

uncle pakai selipar jamban, je....

Arpiiz said...

alamak, agaknya nanti kasut kita pun macam tu lah juga ye..huhu

saiazuan said...

ape la perasaan kasut tu ek? hehe

alien said...

saiazuan:
perasaan sepi sbb dipinggirkan kot..

Arpiiz:
sayangilah kasut anda ye..
ahha~

gedek!:
saya suka pakai seliper buaya
sbb tu la kasut tu terbiar je

gadisBunga:
a`ah.. dah luput

Kazaztan Team:
kasut yg berjasa

fa-in:
ala, belum ada keperluan
tapayah dulu la