05 July, 2011

alien: khurafat

Seorang Singh yang aku jumpa di kaki lima menegur aku. Dia mungkin singgah di kawasan ini kerana aku tidak pernah melihat kelibatnya sebelum ini di sekitar.

Kami pun berbasa basi.
Dia berkata dia pengamal Yoga.
Ketika melihatnya,
Aku seperti dapat menangkap sesuatu, seperti ingin sedikit derma.

Tapi aku cuba menafikannya, menolak tanggapan negatif pada pertemuan pertama. Aku layankan dulu bicaranya kerana gaya penampilannya tidak seperti seorang peminta derma. Aku cuba bermain mengikut rentaknya. Melihat arah tujunya.

Dia mula bercerita.
Dia perihalkan tentang hal penilikan.
Kemudian, dia bertanya soalan berkaitan tentang hidup aku.
Aku menjawab dengan pendek.

Sehinggalah dia berkata, "You will find 3 happiness in next month.."

"Really?" aku menyoalnya kembali.

"Yes, let me explain to you.. before that, can you donate some money.. and I will tell you.."

Aku senyum.
Seperti dalam jangkaan aku. Memang dalam tekaan aku.
"If then, thanks.." aku senyum lagi dan pergi.

Khurafat.
Kata aku dalam hati.


12 comments:

Anak Wak Mail said...

ye..betull..khurafat..nasib tak bagi duit..kalau tak,,kena tipu bayar2..haha

cikceriacorner said...

hehhehehe...dengar boleh..percaya jangan..heheh

alien said...

anak wak mail:
dah bajet awal2..
saje je melayan
hahaha

cikcericorner:
betul tu
dengar saje~

Hans said...

hahahaha
nice la tindakan ekau tu
dari bagi duit dkt dia dengar benda2 ngarut baik beli nasi ayam dan makan
lagi puas hati :-)

Ukur Baju Di Badan Sendiri

gedek! said...

kita hidop dalam dunia orputunis.....

saiazuan said...

harap jauhi la orng2 mcm ni kan

hajat ku tak kesampaian~
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/my-story-hasrat-tak-kesampaian.html

frwls said...

kahkahkah

dia baca buku zodiak mana tu

Princess Zezebel Lair said...

Suka baca buku-buku ramalan ni tapi nak percaya and bergantung harap, jauh sekali.

gadisBunga said...

tektik basi. huh!

alien said...

hans:
betul tu,kenyang pun kenyang kan

gedek!:
betul tu ankle, saya setuju

saiazuan:
bak kata gedek, opportunis

frwls:
gua saspek dia baca kat intenet je
hehehe

gadisBunga:
a`ah
kene cari taktik baru

nasyrun nasyrun said...

permulaan ayat yang macam ramalan zodiak. agaknya dia baca dari majalah haha

alien said...

aku pun saspek camtu