21 July, 2011

alien: semalam

Semalam itu indah
mungkinkah akan berulang kembali

Ingatan semalam itu
mungkinkah akan bertandang kembali

Hari semalam itu
mungkinkah akan berjumpa lagi

Semalam itu
biarlah ia menjadi sejarah pada hari ini
menjadikan diri jadi sebenar-sebenar diri
memahat pada hati agar tidak lupa siapa diri

Semalam itu selalu
mengingatkan diri tujuan berada di sini

Semalam itu
biarkan ia berlalu pergi
selalulah bersedia untuk terima esok
katakan pada diri untuk selalu tenang hati



2 comments:

gadisBunga said...

walau seindah mana semalam, ia tetap semalam.

mirachantek said...

saya suka semalam. semalam makan rojak.