07 July, 2011

alien: signature dish

Peh lapar.
Lapar.
Sang perut merintih meminta sedikit makanan.
Tapi bagaimana? aku masih di atas jalan.
Aku memujuk perut dan aku katakan padanya "hampir tiba di rumah.. sabar.."

Semakin hampir aku dengan rumah semakin rancak dia merintih. Kalau sebelum ini dia bermula dengan irama perlahan, sekarang iramanya sudah seperti penyanyi rap. Gundah sekejap jantung, hati dan rakan organ yang lain melayankan si perut yang menyanyi sumbang.

Tiba di rumah,
Aku capai pisau.
Eh, bukan untuk mencucuk perut yang nakal.
Cedera la aku nanti.

Aku ambil 2 ulas bawang, 4 biji kentang. Operate.
Rancak pisau menari di tangan. Hasilnya, kentang berjaya dipotong dadu dengan kemas.
Bawang pula selamat disebatikan secara paksa dengan ikan bilis dengan bantuan lesung batu. Tumbuk-tumbuk. Kelentang, kelentung bunyi dia.

Tanpa membuang masa, bahan-bahan tadi aku satukan di dalam bekas.

Tepung cap sauh dituang ke dalam bekas tadi. Sebiji telur ayam dipecahkan dan digaul sebati sebelum air dimasukkan sedikit demi sedikit dan dikacau mesra. Tidak lupa sedikit garam untuk memberi rasa masin. Kacau hingga sebati. Pastikan sebatian tidak terlalu cair atau terlalu likat. Sedang-sedang saja.

"Panaskan minyak uiii~"
aku menyuruh adik aku yang memerhati dari tadi untuk memanaskan minyak di kuali.

"Ko masak sekali tau.."
aku menambah sambil menyerahkan bekas tadi.

Kemudian, aku duduk di meja lagak seorang chef menunggu hidangan disiapkan oleh pembantu dapur sambil tersenyum dengan seni masakan yang aku terap dalam hidangan itu. Penuh dengan rasa kasih sayang dan ciri-ciri aesthetic tersembunyi di dalamnya. Peh. Marvellous.

Manakala sang perut menyanyi girang, terbayang keenakan cucur bilis(bahasa melayunya) atau jemput-jemput panas yang dicicah dengan sos cili.
Err, takde perkara lain agaknya nak difikirkan si perut ni kan.






13 comments:

ieda said...

cucur bilis campur kentang?
idea baru utk saya nih..

Anak Wak Mail said...

adehh..sedapnya..terliur dah ni..poskan cucur tu..lapar~

fa-in said...

hahah..anas sardin~

frwls said...

please uplod kat utube cara-cara memasak.

thanks

mirachantek said...

ou, tetiba aku rasa...........
erm...........

aku sampai skang tak pandai buat cucur...............

tia @ Ini Kisah Tia said...

cucur campur kentang ? bio betui ?

saiazuan said...

nyum2.. msk bnyk ckt.. huhu

yups aku agree bab maid tu, pas jiran dia mati, hantu maid tu pun mati.. mayb hantu sebenar tu adalalah lada land.. huhu

jom baca review skali lagi
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/movie-review-sekali-lagi.html

KoQ said...

sila pos sebekas ke umah aku...terima kasih...haha

Hans said...

hahahahahha
aku makan sambal petai udang
jadi tak terliur la baca entry nih
:-)

Racun Serangga Terbaru - Hansect

faezah said...

makan x ajak~cis

alien said...

ieda:
pelbagaikan variety dalam masakan kan
huhu

anak wak mail:
tinggal pinggan kosong je
nak gak ke

fa-in:
jemput sardin ke?
sedap gak ooo makan ngn nasi

frwls:
err, err,
saya tanak popular cam chef wan


mirachantek:
latihan itu penting
sila berlatih dalam waktu cuti anda
masak sikit2 dulu takpe

tia:
ye betul
dah lama saya masak campur kentang potong, campur sayur kubis pun bole, campur lobak merah ke..

saiazuan:
ahhha~
laddaland tu tmpat keras rasanya

KoQ:
meh datang ambik sendiri

Hans:
cis cis~
takpe, hari ni aku makan udang tempoyak

bijah:
dah ko balik lambat, sapa suh

Anak Wak Mail said...

pinggan kosong pon jadilah..masih ada sisa dia..:p

Princess Zezebel Lair said...

hihihih, rajinnya masak sendiri..