12 August, 2011

alien: mitos untuk gigi cantik

Tooth Fairy. Pari - pari gigi.
Orang barat cakap pari - pari itu adalah sejenis makhluk bersayap. Kadangkala ia digambarkan sebagai spesis yang baik dan kadangkala ia digambarkan sebagai spesis yang jahat. Pari - pari gigi ini tergolong dalam kumpulan makhluk mitos seperti Goblin, Gnome dan spesis lain dengannya. Tugas pari - pari gigi adalah mengambil gigi kanak - kanak yang patah. Ahha. Macam mengumpul setem. Mitos orang barat. Mitos tentang gigi versi barat.

Aku pun ada mitos pasal gigi versi zaman kanak - kanak aku. Bila ingat balik, aku senyum lebar. Bukan mentos, zaman awal 90an dulu belum ada mentos tu.

Versi aku tiada kaitan dengan pari - pari gigi, dewa gigi, syaitan gigi, hantu gigi atau band Gigi tu. Tetapi tentang kepercayaan karut zaman kanak - kanak pada masa itu. Aku rasa kanak - kanak zaman ini tak tahu rasanya. Sebab diorang sibuk bermain psp, x-box.. tonton tom tom bak, tiada masa nak tahu hal - hal karut orang dahulu. Jadi, mitos zaman kanak - kanak orang dahulu yang boleh menjadi pengalaman manis dan membuat tersenyum lebar tidak diwarisi; kepercayaan karut itu akan tertimbus oleh zaman. Ahha. Rugi betul.

Kanak - kanak pada masa itu; zaman aku. Mereka percaya, andai gigi bahagian atas yang patah hendaklah di campak ke bawah manakala andai gigi bahagian bawah yang patah hendaklah di campak ke atas. Bukan main buang ke dalam tong sampah atau longkang.

Rasionalnya adalah, untuk membantu pertumbuhan gigi. Itu sahaja. Jika gigi bawah kita campak ke bawah dan gigi atas campak ke atas, pertumbuhan gigi akan lambat atau tidak tumbuh atau berterabur; pemikiran kanak - kanak, percaya saja apa yang orang cakap .. innocent kan. Iyelah, nanti mulut tak hensem. Siap kena ejek dengan kawan - kawan. Malu lah.

Bila dah menginjak dewasa sikit. Masuk darjah satu.
Baru tahu ianya adalah mitos. Ceh.
Tapi, disebabkan aku mengikut mitos itu .. sekarang gigi aku hensem.
Yang ini betul. Betul. Ini serious ~



10 comments:

mirachantek said...

aku baling gigi atas atap dulu...nenek aku suruh

theorangelily said...

aku tanam. seb bek gigi lawa.
walaupun nyaris tak lawa dan berlapis2 aku tolak2 gune lidah kasik stret. miahahaha

fndrocka said...

Masa org ckp kat aku pasal mitos ni dulu..aku persoalkan kenapa kenapa.aku x nampak rasionalnya..pastu aku fikir ni maybe ada kena mengena dgn sihit.haha

Miss Ayda said...

yg aku tau, gigi kena campak kt atap. sama gak mcm kuku. xleh buang merata especially girls yg ABC. hohoho mitos mitosss

alien said...

miss ayda:
haha. mythbuster

fndrocka:
sihir~
tak beragak imaginasi kau kan

theorangelily:
aku tak tanam sbb dulu aku percaya nnti tumbuh pokok gigi.
keh3

mirachantek:
ada lagi tak gigi ko atas atap tu weh

ILA HonEyBuNNy said...

sama la...dulu baling gigi atas bumbung jugak..hehe

gigi encem? hehe...gigi sy cantik..ahhahah

nasyrun said...

aku dah lupa apa yang aku buat dgn gigi aku dulu

alien said...

nasyrun:
jangan kau telan gigi itu sudah
kekeke

ILA HonEyBuNNy:
gigi lelaki hensem la.. kan..
ye tak

nasyrun said...

err..tu pun aku tak berapa nak pasti juga haha

alien said...

aish, hahaha
bahaya ni