15 August, 2011

alien: sang pengkelana rindu

Aku melompati tebing itu sedaya adanya
hujung jari mencuba tuk gapai hujung sana
entah kenapa secara tiba-tiba;
ikutkan rasa hati !!

Tidak sampai separuh pun lompatan
aku menjunam jatuh;
telah aku tahu itu
Dengan tenang aku senyum;
pasrah

Ah,
Logiknya aku sendiri menjadi hairan
pelik dan merasa sungguh ajaib
jatuhan kebawah menjadi perlahan dan perlahan;
tetap menuju ke bawah

Semakin lama dan semakin jauh
semakin dalam dan juga gelap
jatuh dan terus jatuh tiada henti
Jatuhan yang tiada dasar;
di angkasa rayakah aku ini?


10.08.11, 12.07am



12 comments:

mirachantek said...

aku sukaperkataan kelana tu

kueh bakar said...

tak mengapa semakin lama dan jauh
tak mengapa semakin dalam dan gelap
ko bukan di angkasa raya
cuma sesat seketika
sebelum mendarat di dasar hati
dan
di situ rindu berhenti mengelana

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

pelepaaaapppp....

amik lu penampar sebijik..

ok, da sedar??


g bgun, smyg subuh...

Anak Wak Mail said...

di angkasa raya??sudah2 lah berangan..haha..

gadisBunga said...

ko tgh mimpi tu. aku pun penah mimpi cenggitu.

udah2 le tu...bangun meh~

frwls said...

Dewa always said - Hadapi dengan senyuman.


:))

KoQ said...

perasaan yg sgt syokkk...

cikceriacorner said...

hehhehe..jatuh katil?heheh

alien said...

mirachantek:
ahha~
kelana jaya ?

kueh bakar:
em, yah

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ :
peh, ganas mung

Anak Wak Mail:
hehehe.
perasan nak jadi angkasawan jap

gadisBunga:
ahha~
mimpi indah..

frwls:
yah, thanks

KoQ:
jatuh pun syok ka
adoi

cikceriacorner:
jatuh cinta..
keh3

gedek! said...

bangon-bangon....

abglan said...

baca.. baca..! tanam ilmu banyak-banyak

alien said...

gedek!
hehehe

abglan:
baik bos