09 September, 2011

alien: kamu lebih arif makna perbincangan berbanding kami yang picisan

Apalah ertinya perlantikan andai yang dilantik tidak didengar suaranya. Ibarat mengayuh basikal tanpa rantai, entah bila tayar akan bergolek. Kasihan kawan itu, terasa tidak dihargai. Sabarlah kawan, aku rasa yang berkata itu merasakan diri mereka mengawal, berkuasa. Come on. Sila menjadi matang sebelum kamu menyuruh orang lain menjadi matang.

Atau, mungkin kamu belum faham makna matang itu sendiri.

Bila kita melantik seseorang menjadi wakil, perlulah hormat kepadanya walau kita sebaya dan taraf hidup masing-masing berbeza. Keadaan hidup atau umur tidak boleh dijadikan isu kerana kamu sendiri yang setuju dengan perlantikan itu; jadi mana sikap hormat kamu. Beri ruang kepada ketua kamu itu untuk mengulas atau membincangkan isu yang dirasakan relevan. Beri ruang kepada mereka yang lain juga. Bukan bertindak dengan cara mengawal perbincangan mengikut rentak kamu sendiri. Jadi, apa guna mereka yang lain berada di situ.

Di sini, bukan aku atau yang lain tidak mahu menegur kamu pada tika itu. Bukan. Kami beranggapan, bila kamu mempunyai pelajaran.. ada kedudukan yang stabil. Kamu akan lebih melihat; memandang dari segenap sudut, banding mereka yang kurang sedikit dari kamu. Tapi, ternyata kami terkejut dengan sikap kamu itu. Sesuatu yang tidak patut terjadi.

Kamu patut lebih arif tentang ini berbanding kami.

Kita semua dilahirkan sebagai pemimpin. Pemimpin kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain; keluarga atau organisasi.

(Menjadi pemimpin yang baik seseorang perlulah:

Sanggup bersusah payah dengan anak buah.  Dia juga perlu sedia mendengar masalah, sedia berkongsi buah fikiran dan tidak memandang keluh kesah anak buah sebagai remeh atau alasan semata-mata.  NABI MUHAMMAD, pemimpin agong yang kita sanjungi, tak pernah culas dari turun pandang untuk bersama-sama bergotong royong dengan anak buahnya dan menyelesaikan masalah yang timbul.

Bila menguruskan sesuatu organisasi atau kumpulan, sedikit sebanyak mesti ada terjadinya masalah.  Contohnya, pengurusan majlis. Untuk memuaskan hati semua orang memang sukar. Maka harus bijak menguruskan anak buah. Menyelesaikan masalah secara baik, tidak mudah melatah atau meradang. Sekiranya terdapat masalah, adakan perbincangan dan sentiasa menggalakkan anak buah berkongsi pandangan mereka, dan cari jalan penyelesaian bersama.)



"Lebih baik hilang seorang dari hilang seribu orang.."
kawan aku berkata begitu kepada aku setelah tamat diskusi malam tadi. Ternyata dia berasa kecewa.

Memang masing - masing mempunyai pemikiran yang berbeza. Tapi, jurang perbezaan itu dapat dirapatkan andai kita berfikiran terbuka.

Jadilah matang sebelum menyuruh orang lain menjadi matang.


p/s: Kak Cho cakap, di Matang, Taiping.. Mee udang dia sedap. Fresh!!


13 comments:

h4ni3 said...

mee udang mak jah dah ada kat wangsa maju, tau tak? ;)

Daddy Ziyyad said...

ko foward benda ni kat meeting tahunan perwakilan UMNO/PAS. :P

MamaEma said...

tahu memimpin tapi tidak tahu untuk dipimpinnya..

alien said...

MamaEma:
itulah pasal..

Daddy Ziyyad:
eh, ke situ plak..
hahaha

h4ni3:
tatau~
hehe

Anak Wak Mail said...

kadang2 kalau dah ada kat atas,,kita lupa yang kat bawah..

maCy said...

yg di atas dan di bwh harus sama matang. slaku pmimpin dan dpimpin..

maCy, kg tak matang, bumi.

keke

Bigdaddyz said...

bukan mudah untuk matang kerana perlu ada kesilapan dahulu....itu perlu...

Saiazuan said...

matang sblum suruh orng lain jadi matang! like that quote :D

Cempaka R.Minta said...

hii
bila nak belanja cempaka

gedek! said...

hehe...

komen daddy ziyyad = kelakar dan tepat!

JIJI YU said...

bukan senang nak jadi pemimpin...

L said...

mee udang mak jah!!! sedap3.. huhu

kamu berakhlak ker?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

alien said...

L:
tak pernh rasa pun, sedap ke

JIJI YU:
betul, pemimpin perlu bersedia mendgr kritikan dari anak buah..

gedek!:
aish
hahaha

Cempaka R.Minta:
meh a sini
kui4

saiazuan:
yeh, btul..
betulkan diri sblm betulkan org len..

Bigdaddyz:
yap, tapi kalau org yg susah nak ngaku dia silap pun payah bro

maCy:
em, masing2 perlu matang kan
buah2an pun dah matang baru boleh makan

Anak Wak Mail:
yg tu xbagus..sbb kita akan dipertanggungjwbkan atas siapa yg kita pimpin.. jaga2 oo