19 October, 2011

alien: nasi lemak 2.0

Makan nasi lemak sampai dua bungkus.
Sebungkus singgit doposen je.
Dua bungkus baru dua ringgir pat posen.
So, cheap.. so, cheap..
Kenyang sampai ke tengah hari. Boleh membawa ke petang.

Memang susah untuk mencari nasi lemak yang.. Ummmpphh!
Macam slogan untuk BOH! pulak dah.
Mencari paduan nasi lemak yang betul-betul menepati selera kita memang sukar. Bukan hanya nasinya yang menjadi fokus utama, akan tetapi sambal juga memainkan peranan penting. Selain itu, gabungan telur, kacang goreng, ikan bilis goreng dan timun menjadi pelengkap yang mesti ada bagi menyempurnakan keenakan nasi lemak itu sendiri. Tanpa bahan-bahan tersebut hilanglah seri nasi lemak itu. Kuranglah selera untuk kita menjamah nasi lemak itu walaupun aroma dari daun pisang mampu menggoyah nafsu makan. 

Begitulah kisahnya dengan filem yang menjadi kontroversi, Nasi Lemak 2.0
Apa signifikan '2.0' dihujungnya?
Aku sendiri pun tidak pasti tujuan '2.0' itu di sana.

Setelah menontonnya di rumah sendiri, bertemankan secawan air kosong dan emping malinjo yang rangup. Apa yang dapat diulas adalah, filem itu adalah seperti gerai nasi lemak yang tidak dicari oleh ramai orang pada ketika mereka bangun dari tidurnya. Walau paduan untuk menghasilkan nasi lemak berlaku secara harmoni, akan tetapi oleh kerana sikap yang pengotor dan tidak menjaga persekitaran gerai jualannya telah menyebabkan kemerosotan jualan nasi lemaknya.

Tambahan pula, beberapa penduduk telah diserang sakit-sakit berpunca dari persekitaran gerai yang tidak bersih itu. Lantaran itu, penduduk setempat menjadi berang dan tidak berpuas hati dengan wujudnya gerai tersebut di situ.

Akan tetapi, untuk mereka yang berperut kebal, anda masih boleh menikmati nasi lemak itu tanpa perlu ragu dan was-was. Sekadar untuk merasai pengalaman dan mengetahui apa yang tersirat semasa menikmati nasi lemak itu.

Untuk yang berperut sensitif, anda dinasihatkan tidak memandang ke arah gerai. Bimbang anda akan termuntah dan tidak lalu untuk makan seminggu.

Kepada pemilik gerai, walau anda hias gerai. Walau anda menghasilkan nasi lemak itu dengan teknologi moden. Itu tidak penting. Yang menjadi isu adalah, kebersihan. Jadi, sila bersihkan persekitaran anda dahulu. Ini kerana penduduk setempat peduli tentang kebersihan ini.


Walau apa pun, unsur hantu masih belum berjaya ditarik keluar dari merasuki industri filem kita buat masa ini termasuklah dalam filem ini.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; tak tahu bila.

Sekian.



20 comments:

frwls said...

Eh asal lain sinopsis dengan yang aku tengok?

gadisBunga said...

aku suka metafora sinopsis ko. :)

alien said...

frwls:
erk, mungkin aku tgk versi cetak rompak.. mcm2 da ubah rasanya..
hihihi

GB:
erk, metafora pandangan keseluruhan filem ni sebenanya.. refleksi si pencipta dan masarakat setempat

Bigdaddyz said...

bagus bagaimana pun tetapi pengarahnya kurang ajar gila ...ban!

alien said...

yeh, faktor pengarah yg keji

La Kuchi said...

pagi semalam ak mkn nasi lemak 70 sen! semua cukup rasa...walahhh

h4ni3 said...

nasik lemak kat tempat saya singgit jer :)

ada kat astro first tak cite nih?

sharamli said...

Laksa 2.0 ?

alien said...

La Kuchi:
wah best
nak barang tige pat bungkus!!

h4ni3:
ada rasanya, tapi dah tamat tempoh nya
sila sedut saja kat mana2

sharamli:
tunggu mamat khalid buat
Man Laksa 2.0

gadis NOTA pelekat said...

cerita nasi lemak kau buat aku leleh.. bye pi cari makan sat ha3

alien said...

hehe..
sila2

gedek! said...

bila ramai sangat kata jangan tengok...

tu yang rasa nak tengok tu... kan?

alien said...

begitulah
reverse psikologi..

Daddy Ziyyad said...

aku tak mau kondem dia, aku pasti movie dia jauhhhhhhhhhhh lebih baik dari filem melayu yang layu dan penuh cerita hantu pocong tak membina minda. Cuma aku heran, dia amat kebal, kutuk melayu, hina Negaraku, pun masih lepas...Oh ya, bapak dia org kuat MCA Muar...~haha

alien said...

begitulah...
movie dia mmg baik..

Faaein Talip Roy said...

buat masa sekarang.. apa saja cite kat filem ni.. tak tengok2 lagi.. so ceq pun tak leh nak komen apa.. hurmm.. citer tu best ker?

jeBateja said...

so...filem ni best ke idak...?

Saiazuan said...

tak gemar ngan namwee

CahPen said...

aku tak tau la aku ni amik jalan senang ke, pikir terlampau senang ke or terlebih optimis. kita nampak dia kutuk2 melayu sume, mayb tu cara dia nak tunjukkan rasa tak puas ati dia.

ok, mayb korang kata cara dia salah, tapi cuba letakkan diri kita kat tempat dia. pe lagi cara nak wat selain tu? hantar surat aduan? perli orang secara halus? tak lut bhai.. aku rasa dia sengaja kutuk secara terang2an so orang leh dengar pe isi dia nak cakap.

dari kita dok marah or tak suka kat dia, lebih baik muhasabah diri. pikir, pe yang wat dia cakap camtu. betul ke dia cakap? tanpa angin, pokok takkan goyang. kalau salah, betulkan persepsi dia. dengan cara baikla. jangan la tunjuk kita ni sama teruk je dengan dia. sekian.

alien said...

Faaein Talip Roy:
em, cerita dia ada isi
ok la dari some cerita yg kosong merapu2

jeBateja:
jalan cerita dia ok, cam cerita hong kong yg buat style komikal n masak2

Saiazuan:
hhohoho

CahPen:
betul
saya setuju dgn anda