13 November, 2011

alien: cerita hari jumaat

Sebilah parang, hulunya hitam.
Seperti hulu parang yang lain, kebiasaanya disalut bahan plastik getah.
Kemas tersisip parang itu dalam sarungnya, juga hitam.

Parang dihunus.
Kelihatan mata parang yang tajam yang tersembunyi di dalam sarung sebelum ini.

Zassss!!
Wachaaaa!!

Sekali parang dihayun, terbelah dua sasaran di mata parang itu. Terkuak di sebelah kanan dan kiri bilah parang itu. Rakus. Cecair membasahi lantai bumi serta bilah parang itu.

Di sampingnya kelihatan beberapa kerakusan yang disebabkan olehnya.
Dia senyum dan mengelap peluh yang terbit di dahinya.

"Cukuplah ni, untuk buat dadih kelapa.. dan untuk di minum.." dia bermonolog sendiri sambil memerhati adiknya mengorek isi kelapa muda itu.

Done.
Kelapa muda segar mengakhiri Jumaat yang redup.
Klasik !!


14 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
SUKA KELAPA MUDA ! LAIN KALI AJAK LF ! BOLEH BAWAK PARANG !


p/s. Jemput datang ke perjumpaan blogger 18 dis ini. Ada borang online.

Ct Aja said...

hahahahhaaaa... macam nak membunuh ord jek..

Ct Aja said...

hahahahhaaaa... macam nak membunuh ord jek..

Anak Wak Mail said...

sedapnya air kelapa. lama tak minum.

alien said...

luahfikiran:
insya`Allah, terima kasih menjemput

Ct Aja:
mcm je
macam..

anak wak mail:
g r minum
hahaha

Anonymous said...

saspen. cais

alien said...

hahaha tekene~
siapakah anda anon?

Aien Not Alien said...

uikss...kelapa muda..isinya sodappp..

MamaEma said...

kelapa muda sedap....isinya lembut..

pena rozie said...

Air kelape memang sedap...

gedek! said...

'parang kontot'

Faaein Talip Roy said...

ingatkan samurai mana lah tadi kan..

saja nak buat gempak betul!..

hahaha..

air kelapa muda.. ada lagi ka?

yana-feehily said...

dadih kelapa? 1st time dengar..jelly kelapa kah?

alien said...

Aien not Alien:
airnye pun sedap!!

MamaEma:
yes, saya menggemarinya

pena rozie:
setuju!!

gedek:
pendekar mustar..
haha

faaein talip roy:
ada lagi
ada..
meh datang rumah

yana-feehily:
a`ah.. jelly kelapa tu