13 December, 2011

alien: menanti saat itu

Seisi ruang bumi telah diterokai,
sedalam laut telah pun direnangi,
namun belum jua berjumpa,
indah helaian bulu menawan,
yang dahulu pernah singgah,
di hujung jari jemari.

Cenderawasih,
mungkin belum masanya,
untuk kita berjodoh semula.

Akan aku nanti saat itu tiba.

:13dec11















13 comments:

Anak Wak Mail said...

erk??bulu??haha..

ye aku tahu bulu burung kan.

fndrocka said...
This comment has been removed by the author.
fndrocka said...
This comment has been removed by the author.
fndrocka said...

skrg kau kumpul bulu eh,yg kat header kau tu burung cenderawasih la tu

alien said...

anak wak mail:
a`ah
bukan bulu ayam yg buat rotan budak nakal tu tau

fndrocka:
eh eh
tu ke, apesal aku ta nampak dari dulu

maCy said...

cenderawasih tu nme tmpt kt kuantan. hehe

sharamli said...

selamat menanti!

Abhamz said...

salam, satu usaha yg begitu mencabar...wallahuallam

pena rozie said...

Keindahan alam memang cantik

kueh bakar said...

nantikan saat itu
tanpa teroka seisi bumi
tanpa menyelam dalam lautan
buka mata
buka hati

pasti.
pasti bertemu.

jodoh?
kejar.
tiada nanti.

gadisBunga said...

ko pun tgh jiwang sekarang? musimkah?

Faarihin said...

mana nak jumpa cenderawasih ni?

alien said...

maCy:
oh ye ke..
kene ke sana a camni.

sharamli:
menanti bawah pohon meranti
yee..

abhamz:
hehehe

pena rozie:
alam mmg indah

gadisBunga:
eh eh eh
tade tade tade
ahha~

Faarihin:
jumpe kat kuantan kata maCy


kueh bakar:

jodoh itu
jodoh telah nyata
dan tertulis di sana
tiada siapa tahu
walau huruf apa
yang ada padanya

usaha tanpa lelah
doa tanpa putus
tawakal dan berserah
Insya`Allah akan dipermudah
dipertunjuk secerah cahaya
itu janjiNya
pasti..