06 January, 2012

alien: misteri belalang coklat

Masih lagi diselubungi misteri seekor belalang coklat
yang tiba-tiba muncul di hening subuh sebelum berkumandang
azan. Dengan bunyi yang nyaring seperti bunyi alarm.
Creeeeetttt ~ Creeeeeettttt ~ Creeeeeeeeeetttt ~

Lantas aku bangun dan mencari lokasi belalang itu.
Ketika menyedari aku yang sudah sedar, belalang itu diam.
Aku pandang belalang coklat itu. Ia tidak bergerak.
Aku cuba mengacah-acah untuk menghalaunya pergi.
Ia buat tak tahu.

Aku berdiri capai tuala.

"Aku tanak tengok kau lepas aku mandi, baik kau blah.."
ucap aku dalam hati.

Dan kemudian ajaibnya ia hilang setelah aku selesai mandi
seperti ucapan aku dalam hati.
Pergh..

Misteri.
Memang misteri.

Belalang coklat itu hilang seperti hilangnya cahaya putih
di langit pada waktu hening pagi.




Eh.
Eh.
Pantang disebut namanya.
Ia muncul balik.

Spray mati jugak nih.

12 comments:

gedek! said...

belalang ah-lil nujum kot?

FarhanaLicious said...

sama lah. hari tu ada bunyi macam cengkerik kot. ke apa tah. tapi tak berani pegi tengok. hahaha

Anak Wak Mail said...

haha..belalang tu sebenarnya ikut kau mandi,,tp dia syok sangat mandi..bila kau keluar,,dia kat dalam bilik air lagi..haha..:P

Cikgu Ma said...

saja dia nak skodeng tu..

oh blogger

Mama Ema said...

memang misteri... mati tak kena spray?

maCy said...

haha. sah2 belalang tu mengganggu emosi kan. hihi

Faaein Talip Roy said...

tetiba saja aku teringat sama serangga cokelat yang tiba2 hadir di dalam rumah aku malam tadi..

- GC - said...

macam seram jugak cerita ni

alien said...

gedek!
mula2 igt camtu
tapi rpenya bukan
hehe

Anak Wak Mail:
ko yg hanta belalang tu ke
cis..


Cikgu Ma:
agaknye kot

Mama Ema:
mati..
jadi santapan semut lah

maCy:
yezzaaa...
tapi bagus gak.
dia kejut subuh.

Faaein Talip Roy:
hayooo
hayooo

GC:
seram sikit2 je.
ehehe

gadis NOTA pelekat said...

jelmaan bidadari belalang mencari putera kayangan? cuba tanya

alien said...

ala tak sempat tanya.. dah kene sembur mati dah..
erk, aku kah putera yg dicari itu
hehe

gadis NOTA pelekat said...

bukan kau putera kayangan mungkin dia sekadar ingin bertanya jalan... takziah aku ucapkan atas kematiannya