14 January, 2012

alien: penangan mamak


Petang, hari biasa. Tiada kelas.
Lukman sedang merendam kain bajunya di dalam mesin basuh.
Television di ruang tamu terpasang. Tapi tiada yang menonton.
Rumah sewanya agak sepi.
Rahmat, kawan serumahnya berada di dalam bilik sedang leka bermain permainan komputer.
Manakala Abdul dan Helmi ada kuliah pada petang itu.

Lukman menuju ke dapur rumah sewanya.
Dia mengeluarkan sebotol air mineral dari dalam peti sejuk dan mengisi ke dalam gelas kaca. Sekali teguk, habis. Dia mengisi kembali air dalam gelasnya.
Kemudian, botol air mineral itu dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk.

Dia memegang gelas minumannya lalu berjalan ke ruang tamu.
Dia duduk bersila di atas lantai.
Remote control dicapainya. Dia ingin mencari rancangan yang menarik untuk ditonton pada petang itu.

Sedang dia menekan – nekan punat yang terdapat di remote control itu, kawan serumahnya keluar dari dalam bilik. Lengkap berbaju dan berseluar jeans.

“Jom ..” ajak Rahmat.
“Mana?” dia bertanya inginkan kepastian.
“Macam biasa la, petang – petang ni pekena mamak best woo..” balas Rahmat.
“Mamak?, menarik tu..” dia membalas.
“Pelagi, cepat la siap.."

Dengan pantas dia menyarung sehelai baju t – shirt putih dengan gambar Smurf  di depan dan berseluar khakis coklat.

Lima minit dua puluh tiga saat kemudian,
Dia dan Rahmat sampai ke kedai Al-Awwal.
Tempat biasa dia dan rakan – rakan serumahnya membuang masa.
Menu macam biasa, teh o ais dan roti canai banjir. Kuah dhal dan sambal.
Itu sudah cukup untuk menjadikan petang mereka indah.

Mereka makan dan berbual dengan santai.
Perbualan berkisarkan tentang pelajaran, bola sepak, perancangan hujung minggu dan beberapa perkara yang remeh.

Tiba – tiba Lukman menepuk dahinya dan berkata,
“Habislah, mampus ..”
“Bayarkan aku punya dulu, nanti aku bayar balik kat ko..”

Dengan pantas dia berlari ke arah motorsikalnya.
Rahmat hanya mampu memerhati sambil menggaru kepalanya.
Pelik.

“Ane, kira !!” panggil Rahmat kepada pelayan kedai itu.

Dia masih pelik dengan kelakuan Lukman sebentar tadi. Tergesa – gesa macam orang yang nak membuang. Tapi gaya steady je, muka tak berkerut mana pun.

Dia membawa motornya dengan perlahan. Tenang saja, sambil menikmati pukulan angin sepoi – sepoi dari hadapan. Hampir saja di kawasan rumahnya, dia ternampak Lukman sedang bercakap – cakap dengan uncle yang duduk di bawah rumah sewanya. Kedua muka mereka tegang, seperti sedang membincangkan sesuatu yang amat penting.

Rahmat terus memanjat tangga ke rumah sewanya. Rumah sewanya terletak di tingkat satu, atas rumah uncle Dave.

Dia memulas tombol pintu. Tidak berkunci.
Dia melangkah masuk ke dalam.
Lantai basah.

“Paip bocor?”

Dia berjalan ke bilik mandi, dan dia berhenti betul – betul di sebelah mesin basuh di luar bilik mandi. Matanya terlihat sesuatu. Dia tersengih.

Air penuh di dalam mesin basuh dan salur alir keluar canteeek tersangkut di tepi mesin basuh. Lantai basah.

Patutlah uncle Dave serius.
Sabarlah uncle.



6 comments:

Shukri Mohd Ali said...

mamak ni...sentiasa buat orang tak keruan...

gadis NOTA pelekat said...

biasalah manusia mudah lupa ahaha =)

Cikgu Ma said...

ishh...ish...mamak punya pasal...errk??salah mamak ka?

alien said...

shukri:
ahha
begitulah

gadis NOTA pelekat:
ahoi~
teruk beno lupenye tu

Cikgu Ma:
mamak ta salah
kih2

gadis NOTA pelekat said...

hahaha tak dapek nak nolong

alien said...

kah2..
sama la