29 March, 2012

alien: berpeluh di dahi

Risau.
Aku jadi risau sendiri.
Kebelakangan ini aku mengalami kesukaran tidur pada waktu malam.
Insomnia?
Mungkin tidak. Aku akan lena sendiri apabila jam mengampiri angka tiga.
Ketika ayam berkokok mengejutkan insan pada sepertiga malam, aku baru akan melelapkan mata dan pada tika itu juga mimpi datang menambahkan lena.

Kopi, aku dah jarang minum air kegemaran itu.
Bukan bergaduh dengannya, cuma belajar untuk berjauhan seketika.
Jadi, kopi bukan punca utama masalah ini.

Em.
Gerak perjalanan hidup yang tersekat-sekat pada akhir-akhir ini mungkin penyebab.
Selalu aku bermohon pada yang Esa bagi mempermudahkan perjalanan hidup ini.
"Ada hikmah disebalik semua kejadian" begitulah nasihat meraka.

Teruskan berusaha dan bersabar.
Insya`Allah, berita baik akan tiba juga.
*Memujuk diri sendiri yang semakin risau agar kuat.



8 comments:

kueh bakar said...

aku pun selalu kena sindrom ni.haha

Azira Mohamad said...

Segalanya akan baik2 shj.Sentiasa berselawat ke atas nabi krn hati akan mjd tenang dan berlapang dada.Insya'Allah. :)

"Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” (al-Qashash:54)

Daddy Ziyyad said...

seumur hidup saya, tak pernah alami insomnia..terlebih mengantuk itu, ada! haha

bertabah lah, dan berdoa kepada Nya

KoQ said...

biasalah..hidupkan macam rollercoaster...

alien said...

yer. ia satu epidermik.
xbahaya tp mngganggu.
hoho

alien said...

thanks kawan

alien said...

tq doktor!

alien said...

seram dow naik r/coster..
hehe