15 March, 2012

alien: penantian bermula lagi

Semalam satu set resume telah selamat di'forward'kan lagi.
Dan proses menanti pun bermula, sekali lagi.
Seperti selalu, menanti dan berterusan menanti.
Jawapan.

Ah, lagipun hidup dan penantian memang berkait rapat.
Dalam menanti sendiri, tidak pasti bila penantian itu akan terjawab.
Esokkah? Lusakah? Minggu depan? Bulan depan?
Yang aku pasti, di penghujung penantian itu, mati.
Yang ini aku sangat pasti.

 

9 comments:

Wadi AR said...

penantian satu penyeksaan

alien said...

betul tu

Kazaztan Team said...

sgt setuju di hujung penantian itu mati... ape2 pun yg penting pengisian ketika penantian...good luck...

Kaka Red said...

cuba beralih angin ka?

mawaddah said...

apply keje baru ke kapten?

Ismail Fitry said...

Tepat sekali, mati itu pasti.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

goodluck :)

gadisBunga said...

fokuskan pada yang pasti, teruskan berusaha pada yang belum pasti. insyaAllah.

alien said...

Kazaztan Team:
Thanks

Kaka Red:
mmg beralih angin ha,
cume angin belum sampai lagi

mawaddah:
yap, tgh menunggu jawapan

Ismail Fitry:
em, betul

Saiazuan:
thanks

GB:
insya`Allah..